Put your ad code here

Tuesday 30 September 2014

DIVERSITI MALAYSIA DI GOOGLE STREET VIEW

KUALA LUMPUR: Hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan Semenanjung Malaysia kini boleh dilihat di Google Street View dari laman peta Google Maps.

Ia termasuk lebuh raya utama dan jalan bertol, jalan negeri, pusat bandar dan kawasan kejiranan.

Pada satu majlis untuk memperkenalkan perkembangan terbaharu ini, Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, antara imej-imej baharu yang diberi tumpuan adalah Taman Negara, destinasi pelancongan seperti Pulau Langkawi dan Pangkor, tapak warisan UNESCO seperti Pulau Pinang dan Melaka, juga pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya.

“Kami ingin membantu orang ramai meneroka tempat yang baharu. Kami ingin anda menggambarkan destinasi itu sebelum memulakan perjalanan. Memang seronok untuk meneroka tempat baharu, tetapi kita boleh meneroka dengan melihat Google Street View terdahulu.

“Kami mahu Google Maps dan Google Street View untuk terus memberi manfaat kepada pengguna,” jelas beliau.


Google Malaysia dalam pada itu berharap penglibatan mereka melalui penyediaan peta yang lebih baik dapat membangunkan ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

“Malaysia merupakan negara pelbagai dan berkembang, dan dengan menyediakan pengguna dan perniagaan dengan maklumat peta lebih berguna, Street View juga dapat membantu mencipta kesan ekonomi berpanjangan.

“Satu per lima pencarian di Google adalah mengenai lokasi. Ia dapat membantu pengguna dan sekali gus  membantu perniagaan,” kata Sajith.

Google Street View akan dikemaskini setiap sebulan atau dua bulan. Perancangan Google Malaysia adalah untuk menerbitkan imej Street View di Sabah dan Sarawak.

“Kita tidak akan berhenti. Kita sudah ada ‘base’ dan kita juga akan membuat ‘time machine’ supaya dalam tempoh enam bulan akan datang, anda boleh membuat perbandingan kerana jalan raya di Kuala Lumpur, sebagai contoh, kerap berubah,” jelasnya.
Kereta Street View mula bergerak pada tahun lepas untuk merakam gambar pemandangan jalan raya dan lebuh raya di Malaysia.

Bagi kawasan-kawasan bukan jalan utama (off road), imej diambil oleh ‘Street View Trekker’ menggunakan sistem kamera diletakkan pada beg sandang. Manakala bagi pemandangan laut pula, pasukan Street View menaiki bot (canoe) untuk merakam imej persekitaran.

Pasukan Street View terdiri daripada pasukan operasi daripada Google, kontraktor dan juga rakan kongsi yang boleh membantu merakam video bagi pihak pasukan Google Street View.

Monday 29 September 2014

DAH DIBEBASKAN - SHALWATI NORSHAL

Selepas merengkok lebih enam bulan di penjara di Sweden atas kesalahan merotan anaknya, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, Shalwati Norshal, 46, akhirnya dibebaskan pada pukul 3.35 petang semalam (waktu Malaysia).

Adik Shalwati, Shaleena memberitahu, kakaknya yang dibebaskan lebih awal berbanding tempoh hukuman 14 bulan telah dijemput oleh beberapa pegawai kedutaan Malaysia di negara berkenaan dan beberapa orang ahli keluarganya.

“Dia dijadualkan akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini bersama suami (Azizul Raheem Awaluddin) pada pukul 7.30 malam Rabu ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, empat orang anak Shalwati, Aisyah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif, 8, nyata teruja apabila masing-masing berpeluang melepaskan rindu dengan ibu mereka yang terpisah sejak sembilan bulan lalu melalui panggilan video malam tadi.


Dalam perbualan selama 10 minit itu, Shalwati dengan nada sebak kegembiraan turut mengucapkan rindu kepada anak-anaknya.

Sebelum ini, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm mendapati Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awaluddin, 38, yang juga Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden, bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan mengasari empat anak mereka, Aisyah, 15; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, tujuh tahun.

Shalwati dihukum penjara 14 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK67,200 (RM33,909) manakala Azizul dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK36,400 (RM18,367) kepada anak mereka. Azizul dibebaskan 9 Julai lalu.

SIAPA YANG BERSALAH? - PENGANGGUR MATI DIPUKUL

BUKIT MERTAJAM, 28 Sept - Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.

"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.
"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.

Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.

Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini bagi membantu siasatan.

 "Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

 Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.


"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA


Saturday 27 September 2014

PENYERTAAN KAMPUNG ACARA BARU IRONMAN LANGKAWI 2014

Kg Sungai Itau diberi kepercayaan bagi menguruskan station minuman Ironman 2014 yang berlangsung semalam.

"Sukarelawan ironman sebanyak 30 orang dari kg Sungai Itau dan kg Kilim bersama-sama membantu menjayakan edisi ke-12 kejohanan ironman Langkawi 2014", menurut Hj Maton pengerusi Jkkk Kg Sungai Itau.

"kami mengadakan berbagai sambutan antaranya kompang dan DJ bagi menyambut pelumba yang melalui jalan ini", katanya.

Malaysia Major Events merupakan syarikat yang diberi tanggungjawab untuk membawa kejohanan Ironman Langkawi kembali diadakan di pulau legenda ini.

Seramai 1,398 atlet dari 58 buah negara berentap untuk memburu gelaran juara pada edisi ke-12 Kejohanan Ironman Langkawi 2014 semalam, berbanding 690 orang yang mewakili 41 negara menyertai edisi ke-11 pada 2010, iaitu kali terakhir kejohanan itu diadakan.

Kejohanan itu membabitkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$40,000.

Seramai 40 peserta terbaik kejohanan ini akan melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan Ironman dunia di Kona, Hawaii tahun hadapan.


Kejohanan Ironman Malaysia Langkawi diperkenalkan pada tahun 2000 dan sejak itu menjadi acara tahunan sehingga 2010. Selepas itu ia tidak diadakan berikutan penganjur ketika itu berhadapan dengan masalah kewangan.












Friday 26 September 2014

LAGI SENJATA API DIRAMPAS

Langkawi: Polis sedang mengesan seorang ejen penghantaran warga New Zealand untuk membantu siasatan berhubung penemuan sebanyak 16 laras raifal dan lebih 1,500 peluru dalam serbuan di Kampung Belanga Pecah, di sini, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lelaki berusia 40-an yang pernah menetap di pulau peranginan itu akan ditahan untuk membantu siasatan apabila tiba di negara ini.

Menurutnya, ini berikutan tiga lelaki termasuk seorang warga United Kingdom berusia 40-an berkenaan yang ditahan berikutan penemuan senjata api berkenaan adalah pekerja syarikat ejen penghantaran terbabit.

"Penemuan senjata api milik kapal dagang yang berlabuh di Langkawi berkenaan kerana disimpan syarikat ejen penghantaran selepas mereka memohon lesen sementara daripada pihak polis.

"Bagaimanapun, ia dipercayai disalahgunakan dan melanggar syarat sementara lesen apabila senjata api berkenaan tidak diserahkan semula kepada kapal dagang terbabit apabila ia meninggalkan Pulau Langkawi.


"Justeru, saya menafikan bahawa penemuan senjata api berkenaan mempunyai kaitan dengan sebarang aktiviti pengganas, sebaliknya berlaku disebabkan mereka tidak mematuhi prosedur berikutan senjata api tidak boleh dibawa ke darat," katanya.

Menurutnya, tiga lelaki yang ditahan berkenaan kini direman bermula semalam sehingga 1 Oktober depan untuk siasatan lanjut.

"Pada masa sama, kita percaya mereka sudah menyalahgunakan lesen sementara untuk senjata api sekali gus melanggar syarat permit berikutan tamat tempoh waktu ditetapkan," katanya. Sumber

Butir-butir tangkapan

B1. Nama: MUTHALAGAN A/L MUNIANDY
No. K/P: 700520-07-5469
Alamat: 12-E, BELANGA PECAH, 07000 LANGKAWI, KEDAH .
KERJA: pemandu lori

B2. Nama : ANDREW FRANCIS MIDDLETON
No. Paspot : 761253958
Jantina : Lelaki
Warganegara : United Kingdom
Tarikh Lahir : 27/03/1970
Keturunan : ENGLISH
Taraf Perkahwinan : Bujang
Alamat : 1316, BLOCK B, 3RD FLOOR, PERDANA BEACH RESORT, JLN KUALA MUDA, LANGKAWI, KEDAH

B3. Nama : LOO KEAN HWA
No. K/P Baru : 691216025051
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Tarikh Lahir : 16/12/1969
Keturunan : Cina
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Alamat : NO 69 G, TAMAN BUKIT INDAH FASA 2, MUKIM KUAH, 07000 LANGKAWI, KEDAH.

Fakta Kes
Pada 24/09/14 @ 2100rs, D9 IPK dan JSJ IPD Langkawi telah tangkap 1/L/I (B1) di rumah beralamat 12-E, Belanga Pecah, Langkawi, Kedah

Tangkapan:
Nama: Muthalagan A/L Muniandy
No.Kp: 700520-07-5469

# Rampasan
- 1 rifle G.3 P.O.F/81
- 1 shotgun RXP
- 5 rifle 7.62 mm L.I.A.I
- 5 rifle Benelli Armi
- 3 rifle (tiada jenama)
- 390 butir peluru (Barnaul)
- 1160 butir peluru 7.62 x 51
- 29 butir peluru Cheddite

Keseluruhan: 15 rifle, 1 shotgun, 1579 butir pelbagai jenis peluru.
Klasifikasi: kes di siasat di bwh Sek 7(1) Akta Senjatapi (PLB) 1971 dan Sek 8(a) Akta Senjata 1960. fb

Wednesday 24 September 2014

Tuesday 23 September 2014

HARIMAU MAKAN MANUSIA


NEW DELHI: Malang bagi seorang remaja apabila berdepan detik-detik tragis setelah beliau maut dibaham oleh seekor harimau putih di sini semalam, lapor portal berita antarabangsa AFP.

Harimau putih itu dikatakan telah menyerang dan membunuh remaja lelaki yang dipercayai samada terjatuh atau melompat ke dalam sebuah kandang yang menempatkan haiwan tersebut disebuah zoo, di negara itu.

Saksikan video dibawah...


Monday 22 September 2014

MB SELANGOR KE-15

Mohamed Azmin Ali, yang mengisi jawatan menteri besar Selangor ke-15 hari ini adalah ahli politik yang paling lantang mengkritik pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggapnya lemah dan tidak cekap.

Kritikan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sehingga sampai ke tahap beliau mendesak supaya Khalid dipecat daripada jawatannya.

Azmin, 50, juga merupakan antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang membantah keras pelantikan semula Khalid sebagai menteri besar selepas gabungan longgar parti PAS, DAP dan PKR itu berjaya mengekalkan kuasa di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tahun lepas.

Kedua-dua pemimpin itu dilihat tidak sehaluan dalam banyak perkara terutama yang membabitkan pentadbiran negeri serta parti dan perseteruan antara mereka mencetuskan pergolakan dalam kepimpinan PKR serta penyokong masing-masing.

Krisis antara Azmin dan Khalid memuncak apabila Azmin digugurkan daripada senarai ahli lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 4 Disember tahun lepas, yang menurut beliau merupakan perancangan kem Khalid untuk mengurangkan pengaruhnya.

Permusuhan itu berlanjutan apabila Khalid memutuskan untuk menentang Azmin dalam pemilihan timbalan presiden PKR tetapi persaingan itu berakhir apabila Khalid dipecat daripada parti pada 9 Ogos lepas.

Pagi ini, Azmin secara rasminya menggantikan Khalid, menteri besar Selangor sejak 2008.


Kini tiba masanya Azmin untuk membuktikan kritikannya selama ini ke atas Khalid adalah berasas dan perlu mempamerkan kepimpinan yang lebih baik.

Saturday 20 September 2014

KAPAL MEWAH BAWA SENJATA


LANGKAWI - Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari semalam, sepasukan anggota dan pegawai polis Bukit Aman serta Pasukan Polis Marin (PPM) menyerbu kapal mewah berkenaan selepas menerima maklumat suspek memiliki senjata api.

Suspek lelaki yang juga warga Afrika Selatan berusia 43 tahun manakala wanita warga Thailand berusia 30-an dikatakan berada di Malaysia sejak beberapa minggu lalu dan melabuhkan kapal mewah itu di jeti pulau berkenaan untuk melancong.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pemeriksaan menemui raifal serta peluru disimpan di bahagian enjin kapal berkenaan.

“Kami juga mendapati, pemilik kapal mewah berkenaan yang juga warga Afrika Selatan itu tidak memiliki dokumen pengesahan untuk menyimpan senjata api berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek menjadikan kapal mewah miliknya sebagai tempat menyimpan senjata api dan peluru oleh pemilik kapal lain yang berlabuh di situ,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Kawad Senjata Piala Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman seminggu bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.


“Kami juga masih menyiasat sama ada kedua-dua suspek anggota kumpulan jenayah atau sebaliknya. Siasatan awal mendapati senjata api terbabit diperoleh dari negara lain untuk tujuan tertentu,” katanya.

Wednesday 17 September 2014

SAMBUTAN HARI MALAYSIA LANGKAWI 2014

LANGKAWI - Perarakan Hari Malaysia peringkat Parlimen Langkawi diadakan dihadapan Dataran Marble Kuah, Langkawi. Perarakan bermula tepat jam 8.30 pagi, bermula di hadapan lampu isyarat ARIS Motel.

"Sambutan kali ini amat memberangsangkan dan mendapat sambutan hebat, lebih kurang 40 pasukan dan hampir 500 orang peserta mengambil bahagian dalam perarakan tersebut", En Ahmad Fauzi Chik pengerusi sambutan Hari Malaysia peringkat Parlimen Langkawi.

Antara tetamu yang hadir ialah YB Dato Ir Nawawi Ahmad, YB Norsaidi Nayan, Hj Mohd Fauzi (pegawai Daerah langkawi), ketua-ketua jabatan, Ajk Umno bahagian dan komponen BN.

Gimik sambutan ialah penyerahan jalur gemilang yang diterbangkan oleh Langkawi Helicopter Tours dan dibawa oleh  sdr Ahmad Marzuki , ketua pemuda Umno bahagian dan Cik Ummi Kalsom, ketua putri Umno bahagian Langkawi.

Acara dimulakan dengan bacaan ikrar oleh tiga kaum dan ucapan YB Dato Ir Nawawi selaku Ahli Parlimen Langkawi.

"Kita perlu bersatu padu demi menjaga keamanan negara kita", katanya dalam ucapan tersebut.

Penutup sambutan diumumkan pasukan yang menjadi johan dalam pertandingan perarakan tersebut. LADA antara pasukan yang terbaik, tahniah buat semua yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.







Sunday 14 September 2014

SELURUH LANGKAWI DILIPUTU JALUR LEBAR - TERIMA KASIH PM

LANGKAWI - Usaha kerajaan untuk memperluaskan kemampuan jalur lebar negara membuahkan hasil yang amat positif apabila kadar penembusannya kini adalah lebih 67 peratus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pada 2009, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia adalah 31.7 peratus dan angka terbaharu bagi tahun ini sebanyak 67.1 peratus.

"Hanya 7.9 peratus lagi untuk sampai 75 peratus sasaran menjelang 2015,"katanya ketika merasmikan Inisiatif Pemerkasaan Komunikasi Langkawi dan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) di sini, semalam.

Najib menjelaskan pembangunan sesebuah negara dan kemudahan telekomunikasi saling berkaitan dan kadar penembusan jalur lebar di Malaysia kini meningkat berkali ganda.


"Perkaitan antara pembangunan dan telekomunikasi adalah seperti enjin dan jentera. Pembangunan membawa kita ke destinasi seperti jentera manakala teknologi memacu pembangunan negara seperti enjin. 

PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA

LANGKAWI: FELDA akan membina rumah pasang siap sebagai rumah mampu milik untuk generasi kedua kerana langkah itu lebih cepat dan murah, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Samad.

"Rumah pasang siap ini ada beberapa model dan kita akan pilih model yang sesuai berdasarkan keluasan tanah. Paling lewat kita boleh laksana Januari tahun depan dan kita juga mampu bina lebih 4,000 unit setahun," katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.

Mohd Isa berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 40,000 generasi kedua FELDA yang berkeluarga dan tidak berminat keluar dari tanah rancangan serta masih menumpang di rumah ibu bapa.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung ketiga Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), diminta mengulas mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen semalam.


Menerusi belanjawan itu, FELDA antara lain diberi tanggungjawab membina 20,000 unit rumah untuk generasi baharu dalam tempoh lima tahun dan diperuntuk RM60 juta bagi membaiki rumah tradisi di bawah program 'Kasih Felda'.

Mengenai program 'Kasih Felda', Mohd Isa berkata, sebanyak 100 unit rumah telah siap diperbaiki dan lebih 600 lagi dalam proses untuk dilaksanakan.

Katanya, FELDA membelanjakan lebih RM650 juta kepada peneroka menerusi pinjaman sehingga RM40,000 masing-masing, bagi membina atau membaiki rumah.

Mohd Isa juga yakin FELDA berupaya melaksanakan tanggungjawab yang diberi kerajaan menerusi Belanjawan 2013.

Mengenai MBFM, beliau berkata, badan itu merupakan pertubuhan belia paling aktif dan berjaya di negara ini.


Mesyuarat itu dihadiri 180 perwakilan dari 317 rancangan FELDA seluruh negara dan antara agenda ialah memilih jawatankuasa baharu bagi penggal 2012/2014. - BERNAMA

Saturday 13 September 2014

UPSR : SITI TETAP KE MEKAH

Saya tidak jangka perkara ini akan berlaku. Malah, tarikh menunaikan haji sudah ditetapkan pada semalam.
"jika mengikut jadual asal peperiksaan, sudah tentu saya boleh menunaikan rukun Islam kelima itu dengan tenang.”

Demikian kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, Baling, Kedah, Siti Naziatul Iffah Yaakub, 12, yang tetap meneruskan hasrat menjadi tetamu Allah walaupun murid tahun enam seluruh negara kini kegelisahan kerana terpaksa mengulangi semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan kebocoran soalan.

Jemaah haji termuda itu berkata, walaupun teruja untuk menunaikan haji bersama ibu dan bapanya dia tetap resah tidak dapat menduduki peperiksaan ulangan bagi kertas Bahasa Inggeris dan Science, 30 September ini.

Sebelum ini, saya sudah buat persiapan rapi. Tapi, tidak menjangka masalah ini akan timbul dan semua murid perlu mengulang semula dua itu.

Sebagai persediaan ke Tanah Suci saya terpaksa membahagikan masa antara mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kursus haji bersama ibu dan ayah,” katanya.

Dia yang juga anak tunggal dalam keluarga berkata, sebelum ini pernah menjejakkan kaki ke tanah suci ketika mengerjakan ibadah umrah bersama ibu dan ayahnya.

Sementara itu, ibunya, Rabiah Harun, 57, berkata, dia dan suami tidak mempunyai pilihan selain membawa bersama Siti Naziatul Iffah ke tanah suci walaupun tahu anaknya perlu menduduki semula peperiksaan UPSR.

Sebelum ini dia juga sudah berbincang mengenai perkara itu bersama guru besar sekolah anaknya, untuk mencari penyelesaian berhubung masalah dihadapi mereka.

Diharapkan akan ada penyelesaian terbaik bagi masalah ini selepas kami pulang dari tanah suci kerana saya dan suami risau dengan nasib Siti Naziatul Iffah. Sebelum ini, dia mendapat keputusan agak cemerlang pada peperiksaan percubaan.


Siti Naziatul Iffah memperoleh 4A1B. Tapi, apa juga keputusan selepas ini harap ia membawa kebaikan kepada anak saya dan yakin kepada ketentuan Allah,” katanya

Wednesday 10 September 2014

UPSR 2014 BOCOR LAGI

 

KUALA LUMPUR: Kertas Matematik 1 bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga dipercayai telah bocor dan tersebar kepada umum sebelum lebih 400,000 calon peperiksaan awam itu menjawab kertas berkenaan pagi Rabu.

Seorang guru yang menghubungi Astro AWANI mendakwa menerima foto soalan-soalan dalam kertas berkenaan bersama jawapannya melalui WhatsApp pada pukul 7.40 pagi. Ujian Matematik Kertas 1 bermula pada pukul 8.15 pagi.

Guru itu yang enggan identitinya didedahkan menambah beberapa orang rakannya menerima soalan berkenaan lebih awal, sesetengahnya sejak petang Selasa.


"Soalan (Matematik) yang saya lihat (melalui WhatsApp) itu sama dengan apa yang keluar," katanya.
Menurut guru itu lagi, soalan bocor itu disebarkan dalam kalangan guru melalui aplikasi pesanan mudah alih tersebut.

Astro AWANI menunjukkan foto soalan-soalan Matematik Kertas 1 itu kepada calon yang menduduki peperiksaan tersebut. Mereka mengesahkan soalan-soalan tersebut sama dengan yang kertas soalan yang mereka terima.


Lembaga Peperiksaan ketika diminta mengulas enggan memberi sebarang kenyataan.
Lembaga Peperiksaan pada petang Rabu mengumumkan penangguhan peperiksaan UPSR bagi kertas Sains untuk ketiga-tiga sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil selepas mendapati soalan bagi kertas itu bocor.

Peperiksaan bagi kertas Sains dijadualkan pada Khamis pukul 8.15 pagi, tetapi kini ditangguhkan kepada tarikh baru pada 30 September iaitu selepas cuti penggal persekolahan.

Menurut Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak siasatan awal pihaknya mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.
"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksinya meminta maaf kepada semua calon UPSR dan ibu bapa berhubung penangguhan itu.

Beliau berharap penangguhan itu tidak mengganggu tumpuan calon yang terpaksa menunggu sehingga selepas cuti sekolah ini untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Sekolah akan bercuti selama seminggu bermula Jumaat ini, sehari selepas UPSR selesai.


Sumber: Astro AWANI

JOM PI KARNIVAL JALUR LEBAR LANGKAWI


Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia Langkawi akan diadakan pada 14 & 15 September 2014 bertempat di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). Majlis Pelancaran akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 14 September 2014 jam 2.00 petang.

Karnival yang julung kali diadakan ini akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah:-


Pameran & Jualan Cyber
Pertandingan Karoeke
Pertandingan Mewarna
Permainan Komputer Online
Permainan Konsol
Bengkel ICT
Bengkel Menciipta Apilikasi Telefon
Pendaftaran Online PRIMA (Perumahan Rakyat 1 Malaysia)


Tidak ketinggalan juga, cabutan bertuah dan persembahan istimewa dari artis terkemuka tanah air, Black dan Tomok serta Maskot Boboi Boy turut akan memeriahkan lagi carnival. Karnival akan bermula pada jam 10 pagi sehingga 7 malam.
Semua dijemput hadir !!!!

Masuk adalah percuma…

Tuesday 9 September 2014

MUHAJIR AL-MALIZI SYAHID DI BUMI SYRIA

Seorang rakyat Malaysia yang lebih dikenali sebagai Abu Muhajir Al-Malizi yang berasal dari Mahang, Kedah telah terbunuh dalam satu pertempuran di Syria. Abu Muhajir yang merupakan sebahagian daripada pejuang dari Malaysia menentang Rejim Bashar Al-Assad, telah terbunuh selepas terkena peluru.

Turut mengalami kecederaan adalah ketua pasukannya, Abu Lutfi yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki.

Berita tentang kematiannya telah dilaporkan oleh rakan-rakan sepasukannya dari Malaysia menerusi Facebook. Abu Muhajir merupakan antara dua orang pejuang rakyat Malaysia yang telah terbunuh dalam  pertempuran dengan tentera Basyar.


Campurtangan pelbagai pihak di Syria, khususnya Amerika Syarikat, Iran, China dan Zionis Israel telah menjadikan bumi Syria sebagai medan berdarah dengan kemusnahan yang teruk. Bermula daripada gerakan menggulingkan Bashar Al-Assad lanjutan daripada Arab Spring yang telah menyaksikan beberapa buah negara Arab seperti Tunisia, Libya, Mesir, dan Iraq berterusan dalam keadaan kekacauan, perang di Syria juga asalnya kerana keperluan 'demokrasi' yang kemudian diserapi pula oleh elemen-elemen mazhab.


KARNIVAL JALUR LIBAR LANGKAWI

Komen Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi tentang gangguan telekomunasi di Langkawi sekarang dan perancangan yang akan dilaksanakan.

"Kerajaan telah melabur 130 juta bagi menaik taraf telekonunikasi seluruh Pulau Langkawi dan juga Pulau Tuba" katanya.


HUTAN LIPUR DURIAN PERANGIN


 該瀑布被認為是由當地人大的野餐地點,被認為是島內“三最簡單的”瀑布參觀。我想這是因為島上的其他瀑布需要大量的登山和徒步旅行去了。

這個宏偉的14層榴蓮Perangin瀑布,從瀑布的Gunung Raya的山坡下來的水,是其中的當地人野餐等戶外休閒活動的地方非常受歡迎。瀑布的每一層都有自己的獨特性,使不同的涼爽清澈的游泳池從休息站出來。

低地龍腦香森林是極其豐富的動植物,這是一個吸引自己的品種多樣。有人在這裡發現的植物種類,包括熱帶硬木樹和藤蔓類Melunak,柳桉,柳桉Jerit,美拉坡,Periang,藤條,Rengas和Temak。
Air terjun ini dianggap sebagai tempat perkelahan yang besar oleh penduduk tempatan dan dianggap sebagai "ketiga paling mudah" air terjun di pulau itu untuk melawat. Saya rasa ia adalah kerana air terjun yang lain di pulau itu memerlukan banyak mendaki dan trekking untuk sampai ke. 

Air ini megah 14 peringkat air terjun Durian Perangin lata turun dari lereng Gunung Raya dan amat popular di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat untuk berkelah dan aktiviti rekreasi lain luar. Setiap peringkat air terjun yang mempunyai keunikan sendiri yang membuat kolam yang jernih sejuk yang berbeza menonjol dari yang lain. 

Hutan tanah rendah dipterokap amat kaya dengan pelbagai pelbagai flora dan fauna yang daya tarikan sendiri. Beberapa spesies tumbuhan di sini termasuk pokok-pokok kayu keras tropika dan anggur seperti Melunak, Meranti, Meranti Jerit, Merapoh, Periang, Rotan, Rengas dan Temak.

This waterfall is considered a great picnic spot by the locals and is regarded as the “third easiest” waterfall on the island to visit. I guess it’s because the other waterfalls on the island require a lot of climbing and trekking to get to.

The water of this magnificent 14 tier Durian Perangin Waterfall cascades down from the slopes of Gunung Raya and is extremely popular among the locals as a place for picnics and other outdoor recreational activities. Each tier of the waterfall has its own uniqueness that makes the different cool crystal-clear pools stand out from the rest.
The lowland dipterocarp forest is extremely rich with a diverse variety of fauna and flora that are an attraction by themselves. Some of the plant species found here include tropical hardwood trees and vines like Melunak, Meranti, Meranti Jerit, Merapoh, Periang, Rattans, Rengas and Temak.


இந்த நீர்வீழ்ச்சி உள்ளூர் ஒரு பெரிய சுற்றுலாத்தளம் கருதப்படுகிறது மற்றும் வருகை தீவில் "மூன்றாம் எளிதான" நீர்வீழ்ச்சி கருதப்படுகிறது. நான் தீவில் மற்ற அருவிகளில் ஏறும் மற்றும் பெற ட்ரெக்கிங் நிறைய தேவைப்படும், ஏனெனில் அது தான் நினைக்கிறேன்.

கீழே வைக்கப்பட்டது சரிவுகளில் இருந்து இந்த அற்புதமான 14 அடுக்கு முள்நாரிப்பழம் Perangin நீர்வீழ்ச்சி அருவிகள் தண்ணீர் மற்றும் சுற்றுலா மற்றும் பிற வெளிப்புற பொழுதுபோக்கு நடவடிக்கைகள் ஒரு இடத்தில் உள்ளூர் மத்தியில் மிகவும் பிரபலமாக உள்ளது. நீர்வீழ்ச்சி ஒவ்வொரு அடுக்கு வெவ்வேறு குளிர் படிக தெளிவான குளங்கள் மீதமுள்ள இருந்து வெளியே நிற்க செய்கிறது என்று அதன் சொந்த தனித்தன்மையை உள்ளது.

தாழ்நில dipterocarp காட்டில் தங்களை ஒரு ஈர்ப்பு இருக்கும் என்று விலங்கு மற்றும் தாவரங்கள் ஒரு மாறுபட்ட பல்வேறு மிகவும் வசதியான. இங்கே காணப்படும் தாவர இனங்கள் சில Melunak, Meranti, Meranti Jerit, Merapoh, Periang, Rattans, Rengas மற்றும் Temak போன்ற வெப்பமண்டல கடின மரங்கள் மற்றும் கொடிகள் ஆகியவை அடங்கும்.


ويعتبر هذا الشلال بقعة نزهة كبيرة من قبل السكان المحليين ويعتبر باسم "الثلث أسهل" شلال في جزيرة لزيارة. اعتقد انه بسبب الشلالات الأخرى في الجزيرة تتطلب الكثير من التسلق والمشي للوصول الى.

مياه هذه الطبقة الرائعة 14 دوريان Perangin شلال شلالات أسفل من سفوح جونونج راية وتحظى بشعبية كبيرة بين السكان المحليين كمكان للنزهات والأنشطة الترفيهية في الهواء الطلق الأخرى. كل الطبقة من الشلال ديها تفرده الخاص الذي يجعل برك واضحة باردة مختلفة تبرز من بقية.

غابات الأراضي المنخفضة dipterocarp غنية للغاية مع مجموعة متنوعة متنوعة من الحيوانات والنباتات التي هي عامل جذب في حد ذاتها. بعض الأنواع النباتية الموجودة هنا تشمل أشجار الأخشاب الصلبة الاستوائية والكروم مثل Melunak، ميرانتي، ميرانتي Jerit، Merapoh، Periang، الروطان، Rengas وTemak.

Monday 8 September 2014

SUMPAHAN MAHSURI

 Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) di Kedah, yang mana pada waktu itu, ibu bapa Mahsuri yang bernama Pandak Mayah dan Endak Alang baru saja berhijrah ke Langkawi dari Selatan Thailand, demi mencari masa depan yang lebih baik.

Kelahiran Mahsuri itu sendiri disulami dengan keajaiban apabila dikatakan sebenarnya Pandak Mayah dan Endak Alang tidak mempunyai anak walaupun telah lama berkahwin. Namun pada suatu hari, Pandak Mayah menemui kerak nasi yang mengeluarkan bunyi seakan bayi menangis sewaktu berehat setelah mengerjakan sawah. Kerak nasi tersebut dicampur sedikit dengan nasi yang ditanak, dan untuk berberapa lama, akhirnya Endak Alang hamil. Dan sewaktu Mahsuri dilahirkan dikatakan padi menguning seakan emas yang berkilauan. Kehadiran Mahsuri dalam kehidupan pasangan miskin itu membuka pintu rezeki yang luas apabila Pandak Mayah menemui lubuk kemenyan dan juga sarang burung layang-layang, yang kemudiannya menjualnya kepada pedagang-pedagang Cina dari Pulau Pinang. Sejak dari itu kehidupan tiga beranak itu berubah dan Pandak Mayah mula digelar Orang Kaya Pandak Mayah.

Mahsuri dididik dengan segala nilai seorang gadis melayu sejati, pelajaran agama yang cukup serta dikatakan juga Mahsuri diajar bersilat demi mempertahankan diri. Akhirnya Mahsuri membesar sebagai seorang dara pingitan yang menjadi sebutan dan rebutan kerana sifatnya dan tentunya kejelitaannya yang dikatakan cukup luar biasa. Kemahsyuran Mahsuri bukan setakat terbendung di Kampung Mawat dan Mukim Ulu Melaka-tempat tinggalnya, malah seluruh Pulau Langkawi. Namun selain dari kemahsyuran yang disebut orang, sedikit sebanyak membuahkan rasa iri hati terutamanya di kalangan kaum wanita, yang tidak senang melihat kebanyakan lelaki memuji-muji Mahsuri.

Ini termasuklah Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya, Penghulu Langkawi iaitu wakil Sultan Kedah di Langkawi. Dan pastinya mengundang rasa resah yang meluap-luap dari isterinya, Wan Mahora. Rasa amarah membara apabila Wan Mahora mendapat tahu yang suaminya menyimpan hasrat untuk memperisterikan Mahsuri sebagai isteri kedua. Namun, Wan Darus, adik lelaki tunggal Wan Yahya juga menyimpan hasrat untuk memperisterikan Mahsuri. Demi mengelakkan rumah tangganya goyah, memandangkan Wan Yahya adalah pembesar di pulau itu, Wan Yahya merestui akan niat Wan Darus, walaupun dalam diam Wan Yahya masih menyimpan keinginan terhadap Mahsuri.

Majlis perkahwinan berlangsung dengan secara besar-besaran dan penuh meriah. Wan Mahora menerima Mahsuri sebagai iparnya walau pun jauh disudut hati, cemburu masih ada. Maka, bermulalah kehidupan Mahsuri sebagi isteri kepada Wan Darus dan dalam pada masa yang sama menyebabkan kekecewaan di hati kebanyakan lelaki yang gagal memilikinya, dan juga wanita, tentunya kerana kejelitaan yang dimiliki Mahsuri dan bersuamikan Wan Darus, yang dikatakan juga seorang pahlawan yang gagah perkasa serta tak kurang tampannya.

Namun dalam pada masa yang sama hubungan Kedah dan Siam bertambah keruh. Siam mula menakluki utara Kedah, menyebabkan perang berlaku. Baginda Sultan memerintahkan tentera dikerah dari setiap ceruk rantau negeri Kedah demi mempertahankan negeri. Dan dalam pada masa yang sama Mahsuri sedang hamil anak yang sulung. Datuk Pekerma Jaya memeperintahkan orang-orang Langkawi dikumpulkan untuk membantu tentera Kedah yang sedang berperang dan ini termasuklah Wan Darus.

Dengan hati yang berat Mahsuri terpaksa melepaskan suaminya yang tercinta pergi, tambahan pula Mahsuri seperti dapat merasakan yang beliau seperti tidak akan dpat berjumpa suaminya lagi. Untuk menghilangkan rasa rindu terhadap suami, Mahsuri berpindah ke rumah ibu bapanya, tambahan pula beliau sedang sarat mengandung. Setelah cukup sembilan bulan sepuluh hari, maka lahirlah tanda cinta antara Mahsuri dan Wan Darus, seorang bayi lelaki yang dinamakan Wan Hakim.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Kedamaian hidup Mahsuri bakal berubah apabila seorang pendatang tiba berlabuh di pantai Langkawi, seorang lelaki muda bernama Deramang. Deramang dikatakan berasal dari sebuah tempat bernama Batu Bara di Acheh. Beliau mendapat perhatian oleh ayah Mahsuri, Pandak Mayah dan beliau ditawarkan bekerja untuknya membantu bercucuk tanam dan bertani. Namun selain dari rajin dan gigih, Deramang memiliki bakat semulajadi yang luar biasa iaitu kebolehan berdendang dan bersyair. Kebolehannya itu menarik perhatian penduduk setempat berkumpul dirumah Pandak Mayah hampir setiap malam, dan dengan ini menaikkan nama Mahsuri sekeluarga.

Kemahsyuran melimpah ruah yang diperolehi oleh Mahsuri itu ternyata tidak disenangi sesetengah orang, yang tentunya iparnya sendiri, Wan Mahora yang telah sekian lama menyimpan rasa dendam dihati. Tambahan pula kedudukannya sebagai isteri pembesar mula dilupakan orang, berbanding iparnya sendiri, Mahsuri. Iri hati yang telah lama tersimpan bertukar menjadi luka yang bernanah dan Wan Mahora mengambil keputusan, sampai masa Mahsuri harus menerima balasan! Sesuatu rancangan sedang bercambah dalam pemikirannya...

Wan Mahora memerhatikan keakraban Mahsuri dan Deramang dan disitu, beliau melihatnya sebagai peluang yang tak patut dilepaskan. Isteri pembesar itu membisikkan kata-kata racun kepada suaminya Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya. Pada mulanya Wan Yahya tidak mengendahkan tapi apabila sudah tidak mampu menahan asakan, Wan Yahya bertindak untuk memerhatikan tindak-tanduk Mahsuri. Rancangan Wan Mahora berhasil apabila kebetulan suatu hari Deramang dilihat naik ke rumah Mahsuri yang tanpa disedari Deramang hanya diminta untuk menjaga anak Mahsuri, Wan Hakim, sementara Mahsuri berada di bendang. Lantas, Datuk Pekerma Jaya memerintahkan orang-orangnya, diketuai oleh Panglima Hitam, menangkap Mahsuri. Mahsuri diseret ke Balai Adat di sebuah tempat bernama Padang Mat Sirat untuk diadili bersama-sama Deramang. Dan tanpa diberi peluang untuk membela diri, Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh! Wan Mahora dalam diam tersenyum puas...

Pandak Mayah dan Endak Alang terperanjat dengan apa yang dikhabarkan orang mengenai anaknya lantas bergegas menuju ke Padang Mat Sirat demi membela Mahsuri. Pandak Mayah menawarkan segala emas, kerbau dan segala harta kekayaannya demi nyawa puteri tunggalnya namun ditolak mentah oleh Datuk Pekerma Jaya, dengan alasan, dosa yang dilakukan Mahsuri-bermukah dan melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain tidak dapat diampunkan. Mahsuri dibawa ketempat hukuman dan diikat di sebatang pokok. Deramang cuba menentang namun berjaya dia dibunuh oleh orang-orang Datuk Pekerma. Dan kini tiba masa giliran Mahsuri.

Tempat hukuman tersebut dipenuhi oleh orang kampung yang ingin menyaksikan hukuman yang bakal diterima oleh Mahsuri. Pandak Mayah dan Endak Alang masih belum putus asa masih terus cuba merayu dari Datuk Pekerma dan Wan Mahora demi nyawa Mahsuri dan anaknya yang baru berusia dua bulan dan masih menyusu. Namun langsung tidak mendapat simpati dari pembesar itu. Padanya, aib yang dilakukan Mahsuri terlalu besar dan memalukannya sebagai ipar kepada Mahsuri. Sebatang tombak ditikam ke badan Mahsuri tapi dengan kuasa Allah, amat mengejutkan semua mereka yang berada ditempat hukuman, tombak tersebut langsung tidak dapat menembusi malah melukakan tubuhnya! Keadaan ini memaksa pertanda menikam Mahsuri bertubi-tubi. Ini menjadikan keadaan bertambah kalut, dan pastinya mencemaskan Wan Mahora, seandainya peristiwa aneh ini akan dapat membuktikan yang Mahsuri tidak bersalah pastinya akan mengundang aib kepadanya. Lantas Wan Mahora menyeksa Mahsuri demi memberitahunya akan rahsia bagaimana hendak membunuh Mahsuri.

Mahsuri yang terlalu lemah dan tidak bermaya sudah tidak mampu menahan seksaan dari Datuk Pekerma dan Wan Mahora, lantas dengan berat hati yang teramat sangat terpaksa memberitahu akan sebuah rahsia keluarga yang telah lama terpendam. Seorang utusan dititahkan bergegas ke Kampung Mawat, untuk mendapatkan sebilah keris pusaka keluarga Pandak Mayah yang didakwa Mahsuri, satu-satunya senjata yang dapat memutuskan nyawanya. Tanpa membuang masa apabila keris itu berjaya diperolehi, Datuk Pekerma sendiri mengambilnya dan menikam Mahsuri! Tikamannya menembusi rusuk kiri dan buah dada Mahsuri. Dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, menantikan nyawa melepasi kerongkongnya...Mahsuri melafazkan kata-kata yang bakal diingati sepanjang zaman...

" Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku dianiaya...ssesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!"

Dan lebih memeranjatkan, darah yang mengalir dari luka tikaman itu berwarna putih, membuktikan penganiayaan yang berlaku keatasnya...namun segalanya sudah terlambat. Mahsuri terkulai dan menghembuskan nafas yang terakhir. Kuasa Allah Yang Maha Besar, kilat sabung menyabung dan ribut melanda Padang Mat Sirat. Kejadian yang menyusul kematian Mahsuri membuktikan yang dia tidak bersalah dan orang ramai mula mengutuk tindakan membabi buta yang dilakukan oleh Datuk Pekerma Jaya. Tapi, segalanya sudah terlambat...

Wan Darus pulang ke Langkawi setelah kekalahan tentera Kedah di Kuala Muda namun kekecewaan yang sedang ditanggungnya bertimpa-timpa lagi apabila menerima berita kematian isteri tercinta. Harapan untuk kembali bersama keluarga yang sekian lama dirindui punah dan hancur. Dengan itu, bersama langkah yang berat, Wan Darus mengambil keputusan untuk meninggalkan Langkawi yang sudah tidak lagi menjanjikan kebahagiaan padanya, bersama anaknya Wan Hakim serta kedua ibu bapa mertuanya, Pandak Mayah dan Endak Alang. Tetapi, keadaan masih belum berakhir di Langkawi...


Tentera Siam mara keseluruh pelusuk Kedah, termasuklah Pulau Langkawi, genap tujuh hari selepas kematian Mahsuri. Segalanya punah, hancur dan kematian berlaku dimana-mana. Datuk Pekerma Jaya dibunuh dan dilapah oleh tentera Siam dan mayatnya dicampakkan di Sungai Langkanah. Manakala isterinya Wan Mahora, bersama wanita-wanita Langkawi yang lain, dirogol dan dijadikan hamba abdi oleh tentera Siam. Angkara hasad dengki dan fitnah, Langkawi menerima padah yang terlalu hebat. Penyesalan sudah tidak berguna lagi sebaliknya Langkawi hanya mampu menerima bahana, dan sumpahan Mahsuri kekal menghukum Langkawi untuk tujuh keturunan kemudiannya...

Sunday 7 September 2014

PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT







ini seorang pemimpin yang berjiwa rakyat duduk sama rendah berdiri sama tinggi  sebut saja dato ir nawawi ahmad semua warga langkawi kenal.. sifat kemesraan bersama penduduk kampung amat dikenali.. walaupun dia sibuk dengan kerjanya kadang kala tidak sempat berehat tapi hatinya bersama penduduk2 sekitar langkawi diutamakan..

siapa tidak kenal akan dato nir nawawi ahmad seorang pemimpin yang sangat di sayangi dan selalu mendengar masalah2 orang kampung tak kira lah dari segi apapun selagi kudrat dia boleh menbantu diaakan menbantu..  walaupun dia selalu banyak di tomah di maki dan dihina tapi dia tetap dengan pendiriannya dan tetap tersenyum.. dia seorang peyabar dan berkaliber yang tinggi inilah DATO IR NAWAWI AHMAD

Saturday 6 September 2014

IRONMAN LANGKAWI MALAYSIA 2014

IRONMAN makes its much anticipated return to Langkawi Island in September 2014. Located within a cluster of tropical islands that attract visitors the world over, the race will take athletes on a truly Malaysian cultural journey through tropical, hilly and demanding terrain passing traditional kampungs (villages), mangrove clusters and rainforest vistas.


IRONMAN Malaysia Experience

The ocean swim starts from a sandy beach on Legenda Park with a two-loop triangle out to Eagle Point and back. A two-loop bike course heads out of Kuah town on to an anti-clockwise loop from the Southeast up around Gunung Raya mountain and into the northwest. Athletes return to Kuah town for the run: four loops that wind through Legenda Park, market places and the local stadium before returning to cross the line at Dataran Lang—where the giant eagle sculpture creates a formidable backdrop for this already imposing finish line.

AWAS! KOPI DIPASARAN

Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.

Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus.

Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam.

Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati rata-rata kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi Jantan kepada orang ramai.

Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain.


Penularan produk kopi seharusnya di tapis dahulu sebelum dikeluarkan kepada pengguna. SUMBER

TERKINI! KETUM DI BAWAH AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

Kementerian Dalam Negeri akan melancarkan operasi besar-besaran bagi membanteras gejala penyalahgunaan dan penanaman daun ketum di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu diambil berikutan penyenaraian daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, mulai tiga bulan pertama tahun depan.
Katanya, beliau sendiri menandatangani arahan penyenaraian terbabit dan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pewartaan tidak lama lagi.

"Berdasarkan peruntukan ADB, ia telah memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk memasukkan bahan-bahan yang diklasifikasikan sebagai dadah ke dalam jadual akta terbabit.

"Dengan mengambil kira kesan negatif yang timbul, saya telah bersetuju menyenaraikan ketum, air ketum ataupun bahan-bahan berasaskan ketum ini di bawah jadual tersebut dan dengan itu diharap proses pembanterasan ketum secara haram ini akan dilakukan tidak lama lagi.


"Sehubungan itu, kita berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk membanteras gejala penyalahgunaan ketum ini,'' katanya.

FAKTA TENTANG DAUN KETUM

Daun pokok ketum terkandung sejenis bahan kimia yang dipanggil mitraginin yang dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah susut berat badan, insomnia, anoreksia, bibir menjadi kering, sembelit dan kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi.

Kesan-kesan penyingkirannya pula adalah simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair, sengal-sengal sendi, mudah marah dan lemah untuk bekerja.

Admin sarankan supaya mereka yang suka minum ketum berhentilah bukan apa takut nanti akan didakwa di bawah akta dadah berbahaya dan dipenjara.

Manatau satu hari nanti lagu KETUM akan diharamkan juga,,apa pun mari kita layan dulu lagi ni,,purhh