Put your ad code here

Sunday, 26 June 2016

PROGRAM ANAK ANGKAT JEPUN MALAYSIA - JKKK SG ITAU

LANGKAWI: Seramai 18 pelajar mewakili Kelab Keluarga Hippo (KKH) dari Jepun berpeluang menyelami budaya dan adat resam masyarakat Melayu di pulau ini sempena Program Pelajar Muda Jepun ke Malaysia, mulai hari ini.

Menerusi program seminggu itu, pelajar berusia antara 11 hingga 15 tahun berserta dua guru itu akan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing di Kampung Sungai Itau, di sini.
Majlis penyerahan anak angkat itu dilakukan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan, Rozainum Ahmad.

Yang turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Marzuki Daud dan wakil KKH, Tamiko Takamatsu.

Seorang peserta, Chikako Saiki, 15, mengakui seronok dapat menyertai program itu kerana ia memberi peluang kepadanya belajar bertutur dalam bahasa Melayu, selain mencuba banyak makanan enak di Malaysia.

"Sebelum datang ke sini saya sudah ada sedikit pengetahuan mengenai Langkawi selepas melayari internet.

"Masyarakat pulau ini berpegang kuat pada adat Timur, bersopan santun dan kaya dengan budaya tradisional yang menghiburkan," katanya. Rakannya,

Masaya Hashimoto, 11, turut berkongsi rasa gembira kerana diberi peluang berkunjung ke Malaysia dan mahu berkenalan dengan seberapa ramai pelajar sebaya di Langkawi, sekali gus menjadi kenangan paling berharga dalam hidupnya






  


  
  








banner
Previous Post
Next Post

0 comments: