Put your ad code here

Saturday 27 September 2014

PENYERTAAN KAMPUNG ACARA BARU IRONMAN LANGKAWI 2014

Kg Sungai Itau diberi kepercayaan bagi menguruskan station minuman Ironman 2014 yang berlangsung semalam.

"Sukarelawan ironman sebanyak 30 orang dari kg Sungai Itau dan kg Kilim bersama-sama membantu menjayakan edisi ke-12 kejohanan ironman Langkawi 2014", menurut Hj Maton pengerusi Jkkk Kg Sungai Itau.

"kami mengadakan berbagai sambutan antaranya kompang dan DJ bagi menyambut pelumba yang melalui jalan ini", katanya.

Malaysia Major Events merupakan syarikat yang diberi tanggungjawab untuk membawa kejohanan Ironman Langkawi kembali diadakan di pulau legenda ini.

Seramai 1,398 atlet dari 58 buah negara berentap untuk memburu gelaran juara pada edisi ke-12 Kejohanan Ironman Langkawi 2014 semalam, berbanding 690 orang yang mewakili 41 negara menyertai edisi ke-11 pada 2010, iaitu kali terakhir kejohanan itu diadakan.

Kejohanan itu membabitkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$40,000.

Seramai 40 peserta terbaik kejohanan ini akan melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan Ironman dunia di Kona, Hawaii tahun hadapan.


Kejohanan Ironman Malaysia Langkawi diperkenalkan pada tahun 2000 dan sejak itu menjadi acara tahunan sehingga 2010. Selepas itu ia tidak diadakan berikutan penganjur ketika itu berhadapan dengan masalah kewangan.












banner
Previous Post
Next Post

1 comment:

  1. Tahniah kpd kg sungai itau telah menjadi johan antara kg sempena Ironman 2014,,kpd sukarelawan u are the best

    ReplyDelete