Kg Sg Itau menerima lawatan Panel Penghakiman Anugerah Desa Sejahtera 1Msia (ADS1M) Peringkat Negeri Kedah dalam sessi penilaian bagi memilih kampung yang layak mewakili Negeri Kedah di persada kebangsaan yang dijadualkan akan diadakan pada awal tahun hadapan.
Rombongan Panel Hakim ADS1M disambut dengan menaiki bas khas dan konvoi motosikal berkuasa besar bermula di IPP Hotel ke Kg Sg Itau.
Setibanya di perkarangan Balai Raya, Panel Hakim telah disambut oleh YB ADUN Ayer Hangat bersama Pengerusi JKKK Kg Beringin. Dengan iringan pasukan gendang keling, rombongan ini telah di arak ke barisan AJK JKKK Kg Sg Itau serta penduduk kampung dan dibawa ke ruangan pameran agensi kerjaan dan penduduk setempat yang disediakan di Dataran Jkkk.
Panel hakim diberi sambutan bertemakan “pelancongan” serta diberi air kelapa muda kepada semua panel tadi, alunan lagu dari kumpulan remaja kampung serta lagu nasyid dimainkan.
Antara pamiran dari agensi ialah LADA ECO, AADK, KOSPEN dan Bomba. Demo masakan kueh tradisonal dan membuat krestial mendapat perhatian dari panel hakim.
Selepas itu, rombongan ini terus dibawa ke dewan taklimat dan disambut oleh irama gamelan.
Sessi taklimat pembentangan Profail Kampung telah disampaikan oleh Tn Hj Maton b Mahmud , Pengerusi JKKK Kg Sg Itau dan diikuti oleh sessi soal jawab bersama Panel Hakim.
Selepas itu, sessi lawatan ke projek ekonomi penduduk Kg Sg Itau termasuklah Dataran Jkkk serta Mini RTC Sg Itau.
Rombongan panel hakim dibawa dengan menaiki ATV dan menunggang kuda ke projek madu kelulut dan terus ke air terjun Durian Perangin, Sg Itau.
Semua panel hakim serta ajk yang hadir dibawa menikmati jamuan makan tengahari serta kenduri rakyat bersama penduduk setempat.
Setelah selesai kenduri rakyat, panel hakim singah ke Masjid Nurul Islam, Sg Itau untuk solat zohor dan mereka dibawa ke sungai kilim untuk lawatan pengusaha Berjaya berasaskan pelancongan laut.
Terdahulu, didalam ucapan mengalu alukan rombongan ini, YB Dato’ Hj Mohd Rawi b Hamid, ADUN Ayer Hangat mengucapkan tahniah kepada kepimpinan JKKK Kg Sg Itau yang telah mencapai kejayaan sehingga ke tahap Daerah dan YB Datuk mendoakan agar keputusan yang baik akan menanti Kg Sg Itau di peringkat kebangsaan nanti.
JKKK Kg Sg Itau mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan urusetia persiapan yang telah bertungkus lumus selama beberapa bulan di dalam memastikan Kg Sg Itau bersedia menerima kehadiran rombongan Panel Hakim ADS1M Peringkat Negeri Melaka ini.
Persiapan untuk menghadapi pertandingana Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) peringkat negeri Kedah 2015 telah berlansung dengan lancar dan jayanya.
Alhamdulillah berkat kerjsama antara penduduk kampung dan JKKK telah membuahkan hasil yang memuaskan.
Persiapan dan gotong royong telah bermula sejak 16 Ogos lalu.
Berikut adalah beberapa gambar persiapan yang sempat dirakam lensa.
Program kibar jalur gemilang peringkat komuniti Jkkk Sg Itau telah dilaksanakan dengan jayanya.
Dengan kehadiran YB Dato Mohd Rawi Hamid memberi semangat baru kepada kampung sungai itau.
Beliau sempat merasmikan kempen kibar jalur gemilang serentak seluruh negara pada 16hb ogos 2015.
Selain daripada itu, program tahunan ambang merdeka turut mendapat sambutan ramai. Berbagai acara telah dilaksanakan seperti ceramah kemerdekaan, perasmian lagu kampung, sukanika rakyat dan cabutan bertuah.
Sempena hari sukan negara yang dilancarkan serentak seluruh negara pada 10hb Oktober 2015, Jkkk Kg Sg Itau telah menganjurkan KOSPEN berjalan 10 ribu langkah pada hari tersebut.
Menurut pengerusi Jkkk Kg Sg Itau, program ini telah pun dijalankan sejak awal tahun lagi, dan sempena hari sukan negara, kami bersetuju untuk mengadakan program tersebut.
Dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, program ini berjaya menghimpunkan seramai empat ratus orang penduduk setempat menyertai program tersebut.
Antara program yang dianjurkan ialah senam robik, mewarna kanak-kanak, berjalan sepuluh ribu langkah, berkayak, sukanika rakyat dan cabutan bertuah.
Program ini telah dirasmikan oleh En Mohammad Firdaus mewakili pegawai kesihatan daerah Langkawi.
Berjalan kaki merupakan senaman yang paling murah, mudah, praktikal dan selamat untuk semua peringkat umur tidak kira tua atau muda. 10 000 langkah sehari membawa faedah merupakan “tagline” yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan budaya berjalan kaki di Malaysia.
Sebenarnya terdapat banyak faedah dan kebaikan yang boleh diperolehi daripada aktiviti berjalan kaki ini terutama dari segi kesihatan seperti berikut:
1. Mencegah nyanyuk atau demensia terutama ketika seseorang memasuki usia lanjut. Demensia menyebabkan seseorang tidak dapat berfikir dengan baik sehingga menyebabkan mereka mengalami masalah emosi dan sukar mengawal diri. Menurut Journal of Clinical Practice, aktiviti berjalan kaki dan berbasikal selama 30 minit seminggu dapat mengurangkan risiko demensia atau nyanyuk ini.
2. Selain itu, berjalan kaki juga berkesan untuk mengurangi risiko penyakit jantung dan strok dengan diiringi gaya hidup sihat dan pemakanan yang dijaga.
3. Bukan itu sahaja, aktiviti mudah berjalan kaki ini juga membantu mengurangkan risiko penyakit seperti osteoporosis, diabetes, depresi, obesity dan tekanan darah tinggi. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
4. Membina stamina yang tinggi dan meningkatkan kadar imunisasi badan atau meningkatkan ketahanan diri terhadap penyakit.
5. Menggalakkan pembinaan otot dan mengurangkan berat badan. Berjalan kaki selama sejam sehari dapat mengurangkan kadar kolesterol dan peratus lemak dalam badan.
6. Berjalan kaki dapat menyingkirkan toksik dalam badan, caranya ;sejam sebelum memulakan perjalanan, minum sekurang-kurangnya 500ml air, pasti badan akan berpeluh dengan banyak dan menyingkirkan toksin yang berlebihan di dalam badan.
Bagaimana mahu mulakan aktiviti berjalan kaki ini?
Saya sibuklah. Mana ada masa untuk beriadah-riadah ni. Kerja banyak. Bila pulang rumah sudah tidak larat.
Tanya diri anda sendiri sekali lagi. Adakah anda mempunyai masalah kesihatan seperti yang dinyatakan di atas? Mahu tunggu sehingga melarat baru mahu mengubatinya? Mengapa tidak mencegah sebelum parah?
Bagi yang tidak mempunyai kesempatan berjalan di luar dan ada kemampuan, beli sahaja “threadmill” dan manfaatkan sepenuhnya.
Bagi golongan wanita yang suka ber”window shopping” Nah! Anda bukan sahaja mencuci mata tetapi juga sihat. Al-maklumlah, wanita bila bershopping sakan, 2 atau 3 jam pun mampu berjalan kaki tanpa mereka perasan pun! Hehee..
Tetapi pakailah kasut yang sesuai ya bila mahu berjalan lama. Bagi golongan yang bekerja, parkirlah kereta anda jauh sedikit. Tidak ada salahnya berjalan untuk 10 minit ke tempat bekerja kerana anda sebenarnya “Walk for Healthy Life”!!