Sempena hari sukan negara yang dilancarkan serentak seluruh negara pada 10hb Oktober 2015, Jkkk Kg Sg Itau telah menganjurkan KOSPEN berjalan 10 ribu langkah pada hari tersebut.
Menurut pengerusi Jkkk Kg Sg Itau, program ini telah pun dijalankan sejak awal tahun lagi, dan sempena hari sukan negara, kami bersetuju untuk mengadakan program tersebut.
Dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, program ini berjaya menghimpunkan seramai empat ratus orang penduduk setempat menyertai program tersebut.
Program ini telah dirasmikan oleh En Mohammad Firdaus mewakili pegawai kesihatan daerah Langkawi.
Berjalan kaki merupakan senaman yang paling murah, mudah, praktikal dan selamat untuk semua peringkat umur tidak kira tua atau muda. 10 000 langkah sehari membawa faedah merupakan “tagline” yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan budaya berjalan kaki di Malaysia.
Sebenarnya terdapat banyak faedah dan kebaikan yang boleh diperolehi daripada aktiviti berjalan kaki ini terutama dari segi kesihatan seperti berikut:
1. Mencegah nyanyuk atau demensia terutama ketika seseorang memasuki usia lanjut. Demensia menyebabkan seseorang tidak dapat berfikir dengan baik sehingga menyebabkan mereka mengalami masalah emosi dan sukar mengawal diri. Menurut Journal of Clinical Practice, aktiviti berjalan kaki dan berbasikal selama 30 minit seminggu dapat mengurangkan risiko demensia atau nyanyuk ini.
2. Selain itu, berjalan kaki juga berkesan untuk mengurangi risiko penyakit jantung dan strok dengan diiringi gaya hidup sihat dan pemakanan yang dijaga.
3. Bukan itu sahaja, aktiviti mudah berjalan kaki ini juga membantu mengurangkan risiko penyakit seperti osteoporosis, diabetes, depresi, obesity dan tekanan darah tinggi. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
4. Membina stamina yang tinggi dan meningkatkan kadar imunisasi badan atau meningkatkan ketahanan diri terhadap penyakit.
5. Menggalakkan pembinaan otot dan mengurangkan berat badan. Berjalan kaki selama sejam sehari dapat mengurangkan kadar kolesterol dan peratus lemak dalam badan.
6. Berjalan kaki dapat menyingkirkan toksik dalam badan, caranya ;sejam sebelum memulakan perjalanan, minum sekurang-kurangnya 500ml air, pasti badan akan berpeluh dengan banyak dan menyingkirkan toksin yang berlebihan di dalam badan.
Bagaimana mahu mulakan aktiviti berjalan kaki ini?
Saya sibuklah. Mana ada masa untuk beriadah-riadah ni. Kerja banyak. Bila pulang rumah sudah tidak larat.
Tanya diri anda sendiri sekali lagi. Adakah anda mempunyai masalah kesihatan seperti yang dinyatakan di atas? Mahu tunggu sehingga melarat baru mahu mengubatinya? Mengapa tidak mencegah sebelum parah?
Bagi golongan wanita yang suka ber”window shopping” Nah! Anda bukan sahaja mencuci mata tetapi juga sihat. Al-maklumlah, wanita bila bershopping sakan, 2 atau 3 jam pun mampu berjalan kaki tanpa mereka perasan pun! Hehee..
Tetapi pakailah kasut yang sesuai ya bila mahu berjalan lama. Bagi golongan yang bekerja, parkirlah kereta anda jauh sedikit. Tidak ada salahnya berjalan untuk 10 minit ke tempat bekerja kerana anda sebenarnya “Walk for Healthy Life”!!
0 comments: