Put your ad code here

Thursday 1 October 2015

HARI SUKAN NEGARA JKKK SUNGAI ITAU 2015

Mesyuarat yang dipengerusikan Tn Hj Maton Mahmud selaku pengerusi jkkk Kg Sungai Itau ini adalah perjumpaan pertama yang membincangkan hal-hal berkaitan perancangan dan pelaksanaan Hari Sukan Negara Peringkat Mukim/Jkkk Sungai Itau. 

Mesyuarat berlangsung selama hampir dua jam itu dihadiri Ketua-ketua biro, ketua-ketua belia kg dan persatuan-persatuan NGO.

Taklimat ringkas berkenaan kaedah pelaksanaan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Mukim/Jkkk disampaikan penghulu mukim ayer hangat.  

Hadir bersama adalah wakil Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi mewakili Dr Hisham pegawai kesihatan daerah.

Antara perancangan yang disusun atur ialah senam robik, perasmian hari sukan negara, jalan seribu langkah (KOSPEN), mewarna kanak-kanak dan acara sukanika rakyat.

"acara tahun ini mendapat liputan oleh media dan RTM", menurut pengerusi Jkkk Sg Itau.

"terima kasih kepada penyumbang-penyumbang bagi menjayakan progran tersebut", katanya lagi.

Hebahan program tersebut akan dibuat melalui fb, flyers, whatsapp kg dan blog kg.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. 

Lantaran itu, beliau mengumumkan 10 Oktober ini sebagai Hari Sukan Negara bagi tahun 2015 pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur .



Selaras dengan Bajet 2015, Kerajaan akan mengambil langkah yang bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan.

Justeru itu, sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober nanti, akan menglibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di seluruh negara.

Kerajaan berhasrat untuk bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama. 
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: