Put your ad code here

Monday 31 August 2015

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN JKKK SUNGAI ITAU 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia tahun telah dirancang sebulan yang lalu, dengan kerjasama Jkkk Sg Itau bersetuju untuk meneruskan hasrat tersebut.

Tahun ini adalah kali ke enam sambutan ambang kemerdekaan bagi peringkat komuniti sungai itau.

Dengan kerjasama Biro keselamatan dan patroitisme bersetuju untuk mengadakan sambutan demi menyahut cabaran Pertandingan keceriaan Merdeka anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 tahun, Jkkk Sungai Itau telah mengadakan pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Mohd Rawi bin Hj Abd Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Hangat  merangkap EXCO Negeri Kedah.

Didalam ucapan YB Datuk, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan Jkkk Sungai Itau yang telah mengambil inisiatif melancarkan Sambutan Kemerdekaan di peringkat Kg Sungai Itau.


YB Datuk seterusnya mengimbau kembali ketika zaman sebelum kemerdekaan dan bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berasa beruntung hidup dibumi bertuah ini dan terus mempertahankan kedaulatannya.

Terdahulu, Tn Hj Maton Mahmud, Pengerusi JKKK Kg Sungai Itau mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran YB Datuk ke program ini. Beliau seterusnya memaklumkan beberapa aktiviti akan dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan ini dimana acara kemuncaknya adalah Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Kg Sungai Itau yang bakal diadakan pada 30 Ogos 2015 nanti sempena menyambut Ambang Merdeka.

Selain daripada itu, majlis bacaan yasin sempena sambutan kemerdekaan telah diadakan pada 27 Ogos 2015.

Bermula jam 9 malam, orang ramai dating berkumpul sambil mendaftar nama untuk cabutan bertuah.
Perasmian rasmi lagu kampung Sg Itau bertajuk “Desa Wawasan” ciptaan Halim Man salah seorang Ajk Jkkk kampong Sungai Itau. Perasmian tersebut dirasmikan oleh Ybg En Abd Aziz Abd Malik, Penghulu Mukim Ayer Hangat mewakili Yb Dato EXCO negri Kedah.

Ceramah kemerdekaan telah disampaikan oleh Ybhg Ust Abu Hassan Hasim, penceramah jemputan bertajuk, erti kemerdekaan.


Tepat jam 12 tengah malam, serentak dengan lagu kebangsaan, jalur gemilang dinaikkan dan di ikutu tembakan bunga api.


Keesok hari pula, diadakan acara sukanika rakyat. Tiga kategori dipertandingkan sempena sambutan hari kemerdekaan.


16 penyumbang hadiah telah diterima termasuklah dari YB Dato Ir Nawawi, YB Dato Hj Mohd Rawi, LADA, syarikat swasta, NGO dan orang perseorangan.


Majlis diakhiri dengan cabutan number bertuah dan tamat jam 6 petang.

Sunday 16 August 2015

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT KG SUNGAI ITAU

Kempen kibar Jalur Gemilang peringkat Jkkk kampong Sungai Itau,Langkawi Kedah bermula Sabtu 15hb Ogos 2015 oleh YB Datuk Hj Mohd Rawi Hamid ( Exco Kerajaan Negeri )mengetuai majlis pemasangan bendera kecil pada kenderaan-kenderaan yang melewati dewan balai raya sg itau di sini.

Kempen tersebut bermula pukul 4.30 petang dan turut disertai anggota-anggota jkkk dan ketua-ketua 3 sayap Umno.

Selain mengagihkan 100 Jalur Gemilang, YB Datuk sempat bersama kepimpinan tempatan membincangkan permasalahan setempat.

Sebelum itu, konvoi kembara merdeka peringkat komuniti kg sungai itau sejauh lebih dua kilometer dari dataran jkkk batu gajah ke dewan orang ramai sungai itau.

Konvoi itu turut disertai oleh kenderaan dan motosikal dari kelab motosikal sungai itau.


Mohd Rawi berharap orang ramai dapat menyemarakkan kempen itu dengan mengibarkan Jalur Gemilang bukan saja di premis tetapi juga di kenderaan masing-masing.

"Semangat kemerdeka perlu ada disetiap masyarakat kita tidak kita muda atau pun tua", katanya.

Pengerusi Jkkk sungai itau, Tn Hj Maton Mahmud semasa melancarkan program itu berkata program kembara merdeka kali ini yang jatuh pada bulan Syawal secara tidak langsung menambah lagi keakraban di antara penduduk.


Selain menggalakan orang ramai mengibar jalur gemilang sempena sambutan kemerdekaan, program itu juga turut membantu kampong sg itau dalam menyertai pertandingan anugerah desa sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) peringkat negeri Kedah, katanya.



Dalam pada itu, ketua program kembara Merdeka kg sungai itau Soid Musa berkata program itu nanti akan turut menaikan semangat kemerdekaan yang disambut setiap tahun.