Put your ad code here

Monday 20 July 2015

2 SYAWAL TEMUKAN 5 GENERASI LONG FAMILY

Lima generasi keturunan long family  termasuk yang berada di serata negeri  yang kebetulan pulang menyambut aidilfitri di Langkawi mengambil kesempatan bertemu saudara-mara pada perhimpunan yang julung kali diadakan itu.

Dalam perhimpunan berkenaan, dua anak long atau nama sebenarnya Long bin Ali hadir termasuk anak ke kedua, Dalim Long, 80 bersama isteri , dan anak ke empat, Manas Long, 73 manakala tiga anak Long yang lain sudah meninggal dunia.

Pengerusi penaja pertubuhan keluarga long family kampung Sungai Itau, Hj Maton b Mahmud, 66, berkata dia terpanggil mengadakan perhimpunan itu bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

“Kami mengadakan perhimpunan ini kerana sedar ramai dalam kalangan anggota keluarga dan sanak-saudara kami tidak mengenali antara satu sama lain.


“Bagi memastikan perhimpunan menjadi kenyataan, kami melakukan pelbagai cara untuk berhubung termasuk melalui e-mel, whatsapp dan facebook,” katanya.

Menurut Azura yang juga cicit keluarga long family, dia dan ahli keluarga lain memulakan usaha mengumpul keturunan Long Family pada 2013 tetapi kurang berjaya.


Bagi generasi ketiga long family, Hj Maton Mahmud, 65, berkata “perhimpunan kali ini diadakan bagi mengiratkan kekeluargaan dan silatulrahim antara keluarga dan generasi,” katanya.

Katanya, untuk perhimpunan kali ini, dia dan beberapa ahli keluarga lain membuat perancangan sejak Mei lalu.


Antara acara yang diadakan ialah sukanika rakyat termasuklah lari berpasangan, isi air dalam botol, tuju botol, pancing botol, semakin jauh semakin sayang dan kerusi muzik.

Acara terakhir ialah cabutan bertuah disumbangkan oleh cicit keluarga long family, Azura Zainol Abidin.


“Tok Long ini berasal dari siam merupakan seorang petani dan meninggal dunia sekitar 1940-an.
“Tok Long berkahwin dengan  puteh mempunyai 5 anak,” katanya.

Bagi generasi kedua, Dalim Long, 80, berkata dia terkejut apabila mendapati 100 keturunan Tok Long hadir pada perhimpunan berkenaan.


“Saya berharap dengan ada majlis seperti ini, dapatlah saya dan anak-anak mengenali semua keturunan Tok Long walaupun mungkin sebelum ini tidak mengenali mereka,” katanya.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Meriam Taib (tok yam), 90, isteri kepada aruah Husin Long, Ku Ishah Ku Sulaiman (tok njang ishah), 80, isteri kepada aruah Damin Long dan Che Lian Mat (tok ngah piah), 77, isteri kepada Dalim Long., mereka merupakan generasi kedua keluarga long family.

Monday 13 July 2015

BURU MEDIA SOSIAL CETUS RUSUHAN - PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menggunakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kepada individu yang terlibat dalam kes rusuhan di Plaza Low Yat semalam bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong berkata, akta tersebut seharusnya digunakan terhadap lebih 200 individu yang berkumpul semalam berikutan keengganan mereka untuk bersurai walaupun telah diarahkan pasukan polis.

“Jika undang-undang tersebut dikuatkuasakan sepenuhnya, saya yakin bahawa insiden rusuhan semalam tidak berlaku sehingga mengakibatkan rakan media cedera. Ini kerana mereka sudah berkumpul sejak pukul 8.30 malam dan polis hanya bertindak mengawal.

“Mereka tidak bersurai selepas diarahkan pihak polis sebaliknya bergerak ke Bukit Bintang dan sekitar pukul 11.50 malam berlaku pergaduhan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan penulis blog Papa Gomo menyerah diri berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di laman sosial berhubung kejadian yang berlaku di Plaza Low Yat, malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Papa Gomo dikatakan telah mengeluarkan kenyataan terbabit menerusi laman sosial Facebook serta akaun Twitter miliknya.

“Kita akan menahan Papa Gomo dalam masa terdekat sekiranya dia tidak datang serah diri,” katanya.

Khalid turut menegaskan kejadian tersebut membabitkan kes curi malah suspek juga dikatakan tidak membuat sebarang laporan polis mahupun menunjukkan bukti resit pembelian telefon bimbit yang didakwa tiruan seperti yang dilaporkan di media sosial.

“Apa yang ditulis di media sosial semuanya ialah rekaan semata-mata,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama beliau memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap seorang pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kerana melepaskan seorang suspek yang terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit.

“Pada mulanya dua suspek ditahan kerana mencuri telefon bimbit namun pegawai itu melepaskan seorang daripada mereka atas budi bicaranya tanpa merujuk kepada pegawai atasan.

“Kita akan jalankan siasatan dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai itu,” jelasnya.



Wednesday 8 July 2015

KG SUNGAI ITAU JOHAN ADS1M DAERAH LANGKAWI 2015

Assalamualaikum……wbt

Pada 10hb Jun 2015 yang lalu, Pihak JKKK Kg Sg Itau telah menerima kunjungan Panel Hakim Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) bagi peringat Daerah Langkawi.

Majlis dimulakan dengan kedatangan Panel Hakim dengan sambutan bunga mangar daripada penduduk kg Sg Itau.


Para Panel Hakim telah diberi keterangan latar belakang kampung dan maklumat yang berkaitan sebelum Panel Hakim di bawa melawat sekitar kampung.


Penghulu mukim Ayer Hangat memulakan ucapan aluan dan taklimat kg dibentangkan oleh Tn Hj Maton Mahmud selaku pengerusi Jkkk Sg Itau.

  
Pihak JKKK Kg Sg Itau ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Panel Hakim, Jawatankuasa JKKK Kg Sg Itau serta Jawatankuasa Masjid Nurul Islam Kg Sg Itau atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan.






Alhamdulillah, Kampung Sungai Itau telah dipilih selaku JOHAN Peringkat Daerah Langkawi 2015 dan akan mewakili Daerah Langkawi ke Peringkat Negeri yang mana penilaian peringkat negeri dijadualkan pada Ogos 2015 nanti.

Ayuh warga Sungai Itau, sama-sama kita berusaha dan berdoa bagi kejayaan bersama……


Monday 6 July 2015

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AR-RAWI BERTARAF KOLEJ

Maahad tahfiz al quran Ar-Rawi menjadi mercu tanda dan pusat pengajian terungul di langkawi. Pembinaan telah hampir 80% siap dan akan diduduki akhir tahun ini.

Menurut Abd Razak, bangunan 3 tingkat boleh menenpatkan hampir 80 orang murid dan dilengkapi dengan asrama serta bilik pengajian.

Segala sumbangan dan derma boleh menghubungi Yayasan pembangunan insan langkawi  akaun no 552077405585 (maybank cawangan langkawi) atau berhubung terus dengan Abd Razak Rafie selaku bendahari.

YB Dato Mohd Rawi ditemui semasa majlis penyerahan bantuan raya kepada warga mas dan ibu tunggal dan anak yatim di perkarangan pejabat beliau padang lalang langkawi.


"bantuan khas kebajikan yang di tolak oleh JKM atas sebab-sebab tertentu, mohon rujuk ketua cawangan dan pejabat Adun", katanya.

"setiap 6 bulan sekali, pihak JKM akan membuat pemantauan penerima bantuan supaya tiada ketirisan berlaku", katanya lagi.


Turut hadir bersama ialah Dato Tajudin pengerusi The Zon Duty Free, ketua-ketua Umno dan setiausaha cawangan DUN Ayer Hangat.