Put your ad code here

Monday 20 July 2015

2 SYAWAL TEMUKAN 5 GENERASI LONG FAMILY

Lima generasi keturunan long family  termasuk yang berada di serata negeri  yang kebetulan pulang menyambut aidilfitri di Langkawi mengambil kesempatan bertemu saudara-mara pada perhimpunan yang julung kali diadakan itu.

Dalam perhimpunan berkenaan, dua anak long atau nama sebenarnya Long bin Ali hadir termasuk anak ke kedua, Dalim Long, 80 bersama isteri , dan anak ke empat, Manas Long, 73 manakala tiga anak Long yang lain sudah meninggal dunia.

Pengerusi penaja pertubuhan keluarga long family kampung Sungai Itau, Hj Maton b Mahmud, 66, berkata dia terpanggil mengadakan perhimpunan itu bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

“Kami mengadakan perhimpunan ini kerana sedar ramai dalam kalangan anggota keluarga dan sanak-saudara kami tidak mengenali antara satu sama lain.


“Bagi memastikan perhimpunan menjadi kenyataan, kami melakukan pelbagai cara untuk berhubung termasuk melalui e-mel, whatsapp dan facebook,” katanya.

Menurut Azura yang juga cicit keluarga long family, dia dan ahli keluarga lain memulakan usaha mengumpul keturunan Long Family pada 2013 tetapi kurang berjaya.


Bagi generasi ketiga long family, Hj Maton Mahmud, 65, berkata “perhimpunan kali ini diadakan bagi mengiratkan kekeluargaan dan silatulrahim antara keluarga dan generasi,” katanya.

Katanya, untuk perhimpunan kali ini, dia dan beberapa ahli keluarga lain membuat perancangan sejak Mei lalu.


Antara acara yang diadakan ialah sukanika rakyat termasuklah lari berpasangan, isi air dalam botol, tuju botol, pancing botol, semakin jauh semakin sayang dan kerusi muzik.

Acara terakhir ialah cabutan bertuah disumbangkan oleh cicit keluarga long family, Azura Zainol Abidin.


“Tok Long ini berasal dari siam merupakan seorang petani dan meninggal dunia sekitar 1940-an.
“Tok Long berkahwin dengan  puteh mempunyai 5 anak,” katanya.

Bagi generasi kedua, Dalim Long, 80, berkata dia terkejut apabila mendapati 100 keturunan Tok Long hadir pada perhimpunan berkenaan.


“Saya berharap dengan ada majlis seperti ini, dapatlah saya dan anak-anak mengenali semua keturunan Tok Long walaupun mungkin sebelum ini tidak mengenali mereka,” katanya.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Meriam Taib (tok yam), 90, isteri kepada aruah Husin Long, Ku Ishah Ku Sulaiman (tok njang ishah), 80, isteri kepada aruah Damin Long dan Che Lian Mat (tok ngah piah), 77, isteri kepada Dalim Long., mereka merupakan generasi kedua keluarga long family.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: