Put your ad code here

Saturday 20 May 2017

KEDAH MEMANG BERGAYA

Pengerusi Jkkk Sungai Itau bersama Biro Keselamatan telah mengadakan tayangan skrin besar bertempat di Dewan Homestay Sg Itau.

Pengerusi Jkkk Sg Itau, Tn Hj Maton Mahmud berkata, skrin besar disediakan bagi memenuhi cita rasa golongan muda yang inginkan kepuasan menonton kejohanan Piala FA.

 "Sambutan yang diterima amat meriah dan memberangsangkan. Dalam soal ini, kita tidak melihat kepada soal politik. Sesiapa pun boleh datang. Kita mahu dekatkan politik dengan sukan," katanya.

Antara sajian yang telah disediakan ialah ubi rebus bersama gula merah.



 








Wednesday 17 May 2017

LAWATAN PANEL HAKIM ANUGERAH DESA PARDANA (ADP) 2017 KE KG SG ITAU, LANGKAWI

Pada 14hb Mei 2017 yang lalu, rombongan Panel Hakim ADP Peringkat Negeri Kedah telah melawat Kg Sg Itau, Langkawi di ketuai oleh En Ahmad Fayadh Abd Manap dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

ADP menilai 8 aspek antaranya 1. Aspek Patriotisme & Kemerdekaan, 2. Aspek Kepimpinan, 3. Aspek Pendidikan & Latihan, 4. Aspek Ekonomi & Keusahawanan, 5. Aspek Pemerkasaan peranan belia, 6. Aspek Teknologi maklumat, 7. Aspek Kebersihan, kesihatan & keceriaan dan 8. Aspek pengawasan kemudahan asas.


Hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah YB Dato Ir Nawawi Ahmad Ahli Parlimen Langkawi, ADO Langkawi, ketua2 jabatan, penghulu2 mukim dan penduduk setempat.

Kg Sg Itau merupakan kampung contoh daerah Langkawi yang telah mencapai berbagai hadiah pertandingan, menurut Yb Dato Nawawi Ahmad.

Insya allah kampung Sg Itau akan menjadi johan peringkat negeri Kedah, katanya lagi.















Saturday 13 May 2017

PERSIAPAN SAMBUTAN ADP PERINGKAT NEGERI KEDAH 2017

Anugerah Desa Perdana (ADP) Peringkat Negeri Kedah 2017 akan berlangsung pada 14hb Mei 2017 di Kg Sungai Itau, Langkawi.

 Persiapan terakhir telah dilakukan dengan kerjasama ajk dan rakn-rakan yang sama-sama membantu menjayakan majlis pada besok hari. Semoga kejaya dipihak kami.