Put your ad code here

Wednesday 17 May 2017

LAWATAN PANEL HAKIM ANUGERAH DESA PARDANA (ADP) 2017 KE KG SG ITAU, LANGKAWI

Pada 14hb Mei 2017 yang lalu, rombongan Panel Hakim ADP Peringkat Negeri Kedah telah melawat Kg Sg Itau, Langkawi di ketuai oleh En Ahmad Fayadh Abd Manap dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

ADP menilai 8 aspek antaranya 1. Aspek Patriotisme & Kemerdekaan, 2. Aspek Kepimpinan, 3. Aspek Pendidikan & Latihan, 4. Aspek Ekonomi & Keusahawanan, 5. Aspek Pemerkasaan peranan belia, 6. Aspek Teknologi maklumat, 7. Aspek Kebersihan, kesihatan & keceriaan dan 8. Aspek pengawasan kemudahan asas.


Hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah YB Dato Ir Nawawi Ahmad Ahli Parlimen Langkawi, ADO Langkawi, ketua2 jabatan, penghulu2 mukim dan penduduk setempat.

Kg Sg Itau merupakan kampung contoh daerah Langkawi yang telah mencapai berbagai hadiah pertandingan, menurut Yb Dato Nawawi Ahmad.

Insya allah kampung Sg Itau akan menjadi johan peringkat negeri Kedah, katanya lagi.















banner
Previous Post
Next Post

0 comments: