Put your ad code here

Saturday 30 May 2015

KG KURONG TENGAR, PERLIS JOHAN ADS1M 2014

KUALA PERLIS: Kampung Kurong Tengar, Kuala Perlis dan Kampung Parit Tengah, Batu Pahat di Johor menerima Anugerah Desa Wawasan kategori Kampung Tradisional sempena Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) peringkat kebangsaan 2014, di sini hari ini. 

Anugerah itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Kurong Tengar, dengan setiap kampung menerima hadiah keseluruhan berjumlah RM700,000, merangkumi wang tunai RM50,000 dan projek ekonomi bernilai RM650,000. 

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kurong Tengar, Arani Mahmud, berkata anugerah itu adalah hasil penyatuan tenaga semua penduduk kampung tanpa mengira umur.


Beliau berkata penduduk kampung itu sudah melakukan pelbagai inovasi antaranya membuat perangkap sampah daripada bahan-bahan terbuang. "Kita kumpul botol plastik, buat perangkap sampah untuk bersihkan sungai, ..untuk cintai sungai kita," katanya di sini hari ini. 


Beliau berkata mereka turut membuat baja takapura daripada sisa buangan di rumah untuk digunakan sebagai baja tanaman. Menerusi sistem itu, Arani berkata mereka secara tidak langsung dapat mengurangkan jumlah tapak pelupusan sampah di kampung itu. 

Penduduk di Kampung Kurong Tengar berjumlah sebanyak 480 orang dengan 106 buah rumah dan kebanyakannya bekerja sebagai petani serta nelayan. Arani berkata bagi menampung permintaan mempelam harum manis yang tinggi, setiap rumah di kampung itu juga diminta menanam lima batang pokok itu. 

ADS1M yang bermula tahun lalu, adalah gabungan dua pertandingan di peringkat luar bandar iaitu Anugerah Desa Cemerlang serta Anugerah Desa Sejahtera. Empat kategori dipertandingkan iaitu Kampung Tradisional, Rumah Panjang Sarawak, Kampung Baru Cina dan Kampung Orang Asli. 

Kampung Orang Asli Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor memenangi kategori Kampung Orang Asli; Kampung Baru Bagan Samak, Bandar Baharu, Kedah (kategori Kampung Baru Cina) dan Kampung Changgan, Ng Ijit, Julau, Sarikei, Sarawak menerima anugerah sebagai Rumah Panjang Terbaik. 

Tuesday 12 May 2015

SEJARAH HITAM MALAYSIA

Hari ini genap 46 tahun peristiwa hitam 13 May 1969 berlalu.satu peristiwa yang menjadi pelajaran untuk semua rakyat malaysia.apabila kita tak menjalinkan kerjasama baik dalam kehidupan pelbagai kaum.ia merupakan rusuhan kaum yang menjadi ingatan setiap orang yang melaluinya.bagi genarasi muda yang tidak melalui peristiwa itu mungkin ada yang tidak paham apa yg berlaku pada tarikh keramat itu.

Apa yang kita lihat dewasa ini.ada pihak cuba memprovokasi perpaduan kaum ini demi kepentingan politik sempit dengan menghasut kaum-kaum tertentu untuk membenci kaum lain.adakah mereka itu sedar dengan tindakan mereka itu.atau mereka hanya khayal untuk berkuasa sahaja.tanpa memikirkan kesan dari ucapan mereka itu.ada pihak yang sudah mula memainkan sentimen agama hanya untuk memenangi undi kaum-kaum tertentu.

Adakah kita mahu mengulangi peristiwa hitam itu,adakah kita mahu gadaikan keamanan yang kita kecapi ini hanya untuk memenuhi impian kita untuk berkuasa,bagi saya secara peribadi tidak ingin peristiwa 13 May 1969 itu berulang kerana akibat nya akan menyusahkan semua rakyat.

Bagi orang-orang melayu kita sudah kena terima hakikat bahawa tanah air ini bukan milik mutlak kita lagi.kita harus berkongsi dengan bangsa bangsa lain yang turut sama membangunkanya.apa yang kita harus buat pertahankan hak-hak kita yang masih tinggal.supaya ada sesuatu yang boleh kita pusakai kepada anak cucu kita kelak.

Bagi kaum-kaum bukan melayu hormatilah perasaan dan hak orang-orang melayu supaya kita boleh hidup aman dibumi malaysia.hilangkan lah syak wasangka diantara kita.supaya nasib anak cucu kita nanti terbela.

Bagi semua rakyat malaysia bersatulah untuk menjadi bangsa malaysia yang kuat,dan hak -hak semua kaum dimalaysia tidak dinafikan.dan jangan lah ditimbulkan apa sahaja provokasi yang boleh membuat kekacauan di tanah air tercinta ini.

Sama-samalah kita menjaga keamanan tanahair tercinta ini.

Salam 1 Malaysia

MONTHLY PREVENTIVE MAINTENANCE - LANGKAWI SKYCAB


Besok 13hb May 2015, Langkawi Cabel Car ditutup kepada orang ramai untk kerja-kerja penyenggaraan. Walaubagaimana pun di Orental Village ni anda boleh melawat 3D Art Musium, Sky Dorm, 6G dan bermacam-macam lagi.


Monday 11 May 2015

PENJARA JIKA INKAR SOLAT JUMAAT

ALOR SETAR: Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

 Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIK Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. "Kita tidak mengeluarkan saman secara membuta. 

Kita akan bertindak mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri. "Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita juga akan memohon waran tangkap dari Hakim Mahkamah Syariah," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.


Syeikh Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan meninggalkan solat Jumaat. 

Perkara mengenai kegagalan menunaikan solat Jumaat itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas. 

Penguatkuasaan sepatutnya bermula pada 1 Februari lepas tetapi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIK akan hanya mula menguatkuasakan secara sepenuhnya 1 Jun ini. Syeikh Ahmad berkata, JAIK mengadakan jelajah di 12 daerah di negeri ini untuk memberi penerangan kepada pihak yang boleh membantu dalam menguatkuasakan undang-undang itu.

"Poster dan pekeliling tentang undang-undang itu turut diedarkan kepada 568 masjid di seluruh Kedah," katanya. 

Beliau berkata, orang awam boleh mendapatkan borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat itu di pejabat-pejabat agama daerah dan maklumat pelapor akan dirahsiakan.

Sunday 10 May 2015

PENDATANG ASING TANPA IZIN MENDARAT KE LANGKAWI

Pendaratan PATI Rohingya/Bangladesh pada 12.15 pagi tadi, dimaklumkan ada sebuah bot membawa PATI tersangkut dekat breakwater Pantai Pasir Berdengung, Mukim Padang Matsirat, Langkawi.

Setakat sekarang seramai 77 lelaki Bangladesh, 28 lelaki Rohingya telah di bawa ke IPD Langkawi. Seramai 71 lelaki, 14 perempuan dan 11 kanak-kanak telah dikumpul untuk dibawa ke IPD.

Operasi mengesan masih dijalankan dan dipecayai 350 PATI telah mendara di sini. Info terkini mengesahkan 5 buah bot lagi masing-masing muat 350 orang PATI juga menuju ke Langkawi.

Sementara itu, agensi yang membantu mangsa PATI ialah RELA dengan bantuan APMM membuat rondaan untuk mengesan 5 bot lain.


SADA telah menyediakan sebuah tangki air untuk kegunaan PATI dan bantuan makanan dihulurkan atas ehsan petugas-petugas dan orang ramai.

Setakat ini keadaan masih terkawal dengan bantuan polis dan imigresen Langkawi.