Put your ad code here

Tuesday, 28 April 2015

WELCOME TO LANGKAWI

LANGKAWI: Sidang Kemuncak Ke-11 Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak Ke-9 Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) bermula di sini hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

 Diadakan sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang berakhir hari ini, perbincangan secara berturutan yang dijadual separuh hari itu dilihat amat penting susulan BIMP-EAGA dan IMT-GT sudah menjadi platform bagi integrasi sub-serantau yang secara langsung akan menyumbang kepada usaha merealisasikan integrasi ASEAN. 

Pemimpin BIMP-EAGA akan membincangkan perkembangan inisiatif sub-serantau pada Sidang Kemuncak Ke-11 BIMP-EAGA.

Tonggak inisiatif ialah jalinan hubungan, pelancongan, alam sekitar, sosio-budaya dan pendidikan. Sementara itu, antara isu akan dibincangkan pada Sidang Kemuncak Ke-9 IMT-GT adalah mengenai kaedah untuk mempercepatkan transformasi ekonomi di wilayah-wilayah kurang membangun dalam sub-serantau. 


Pemimpin juga akan membincangkan tentang kemungkinan pembinaan jambatan tambahan antara Malaysia dan Thailand dan kesediaan negara-negara dari segi kastam, imigresen dan pihak berkuasa lain. Kedua-dua sidang kemuncak itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah, Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, Presiden Filipina Benigno S. Aquino III dan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-ocha menghadiri kedua-dua sidang kemuncak itu.


BIMP-EAGA ialah inisiatif kerjasama ekonomi subrantau di Asia Tenggara dengan visi untuk merealisasikan pembangunan ekonomi mampan dan penerimaan sosial selain pembabitan penuh subrantau ini dalam proses pembangunan ASEAN. IMT GT, yang dibentuk sebelum BIMP-EAGA, mempunyai empat projek penting yang akan menyumbang kepada Komuniti ASEAN tahun ini iaitu Inisiatif Bandar Hijau; Zon Khas Ekonomi Sempadan; Operasi RoRo Melaka-Dumai dan Penyambungan Tenaga Melaka-Pekanbaru.

Wednesday, 22 April 2015

OPERASI LALANG - PENAGIH TEGAR TEWAS


Pulau Langkawi - Operasi bersepadu yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi dengan dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi telah berjaya mengesan dan menahan penagih tegar di sekitar Perkampungan Bukit Malut dan Taman Nilam di sini, pagi ini.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Yusof Abdullah berkata, pihaknya telah hadir untuk membantu Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kontinjen Kedah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi tersebut.

"Bermula dari jam 5.30 pagi tadi, seramai 42 orang penagih ditahan dan kesemua mereka akan diiring menaiki bot polis ke Jeti Kuala Perlis," katanya lagi.


Semua yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Serenti untuk tindakan selanjutnya oleh pihak AADK.

Monday, 13 April 2015

YEARLY MAINTENANCE - LANGKAWI SKYCAB


Langkawi SkyCab atau Cable Car tidak akan beroperasi selama 5 hari dari 20 April hingga 24 April 2015 untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Don't worry. They have other products like the Art In Paradise 3D Museum, F1 Racing Simulator, ATV and many more. Jom pi Oriental Village!

Sunday, 12 April 2015

RUMAH TERBAKAR MOHON BANTUAN SEGERA - LIMA'15


Pemilik rumah yang musnah dalam nahas pesawat ketika Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 (Lima ) bulan lalu, meminta penganjur mempercepatkan proses pembinaan rumahnya.

Zulkeflee Abu Mutalib, 46 tahun berkata, sebelum ini pihak penganjur berjanji untuk membina rumahnya dalam tempoh dua bulan.


Rumah milik Zulkeflee di Kampung Gelam, Langkawi itu musnah dan terbakar selepas dua pesawat aerobatik Jupiter dari Indonesia terhempas semasa latihan.