Put your ad code here

Tuesday, 28 April 2015

WELCOME TO LANGKAWI

LANGKAWI: Sidang Kemuncak Ke-11 Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak Ke-9 Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) bermula di sini hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

 Diadakan sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang berakhir hari ini, perbincangan secara berturutan yang dijadual separuh hari itu dilihat amat penting susulan BIMP-EAGA dan IMT-GT sudah menjadi platform bagi integrasi sub-serantau yang secara langsung akan menyumbang kepada usaha merealisasikan integrasi ASEAN. 

Pemimpin BIMP-EAGA akan membincangkan perkembangan inisiatif sub-serantau pada Sidang Kemuncak Ke-11 BIMP-EAGA.

Tonggak inisiatif ialah jalinan hubungan, pelancongan, alam sekitar, sosio-budaya dan pendidikan. Sementara itu, antara isu akan dibincangkan pada Sidang Kemuncak Ke-9 IMT-GT adalah mengenai kaedah untuk mempercepatkan transformasi ekonomi di wilayah-wilayah kurang membangun dalam sub-serantau. 


Pemimpin juga akan membincangkan tentang kemungkinan pembinaan jambatan tambahan antara Malaysia dan Thailand dan kesediaan negara-negara dari segi kastam, imigresen dan pihak berkuasa lain. Kedua-dua sidang kemuncak itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah, Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, Presiden Filipina Benigno S. Aquino III dan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-ocha menghadiri kedua-dua sidang kemuncak itu.


BIMP-EAGA ialah inisiatif kerjasama ekonomi subrantau di Asia Tenggara dengan visi untuk merealisasikan pembangunan ekonomi mampan dan penerimaan sosial selain pembabitan penuh subrantau ini dalam proses pembangunan ASEAN. IMT GT, yang dibentuk sebelum BIMP-EAGA, mempunyai empat projek penting yang akan menyumbang kepada Komuniti ASEAN tahun ini iaitu Inisiatif Bandar Hijau; Zon Khas Ekonomi Sempadan; Operasi RoRo Melaka-Dumai dan Penyambungan Tenaga Melaka-Pekanbaru.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: