Kedah dan Selangor berjaya melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia pada hari yang menyaksikan lima pasukan merebut peluang pada hari terakhir persaingan peringkat kumpulan malam tadi.
Selain dua bekas juara itu, Perak, Terengganu dan Sime Darby turut bersaing dengan syarat mereka perlu menang ke atas lawan masing-masing.
Namun pada akhirnya Kedah, yang sebelum perlawanan menghuni tempat ketiga Kumpulan B mengecewakan pendahulu Perak apabila mengatasi Bos Gaurus 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Gol-gol skuad Helang Merah diperoleh menerusi Billy Mehmet pada minit ke-74 dan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-77 sekali gus menjuarai Kumpulan B, setelah satu lagi pasukan pencabar Terengganu seri dengan Sarawak.
Seterusnya pasukan Kedah akan bertemu pasukan dari Pantai Timur, Kelantan di peringkat suku akhir. Apa yang menarik pada piala Malaysia 2014 kali ini, 3 Pasukan dari Liga Perdana berjaya menjuarai peringkat kumpulan.
Tahniah untuk team Kedah..... Pihak pengurusan.... Peminat dan penyokong...serta MB Mukhriz Mahathir... peace yooooo !!
0 comments: