Put your ad code here

Tuesday 4 July 2017

LAWATAN PANEL HAKIM ADP NEGERI KEDAH BERSAMA JKKK SG ITAU

Bertarikh 3hn Julai 2017, seramai 15 orang rombongan panel hakim ADP negeri kedah telah melawat kampung Sungai Itau. Ketua rombongan yang diketuai En Ahmad Fayadh Abd Manap dari pejabat setiausaha kerajaan negeri Kedah telah menjalankan dialog serta postmortem pertandingan anugerah desa perdana (ADP) peringkat negeri kedah yang lalu.

Kesemua 8 aspek diberi penekanan supaya setiap aspek mendapat markah tinggi. Ketua2 aspek perlulah komitmen penuh dan menambah baik untuk menarik perhatian panel peringkat kebangsaan.

En Ahmad Fayadh amat teruja kerana kg Sg Itau adalah contoh kampung di negeri kedah yang memenuhi kehendak semua panel hakim. "Dokumentasi amatlah perlu bagi memastikan setiap program di dalam kampung direkodkan", katanya.

Suasana pertemuan hari tersebut sangatlah penting dan dalam suasana muafakat. Terima kasih semua panel hakim terutamanya En Ahmad Fayadh, penghulu mukim ayer hangat dan semua ketua aspek ADP yang hadir.













Saturday 1 July 2017

LATIHAN ERT DAN FIRST AID BOMBA LANGKAWI DI SG ITAU

Bertarikh 01.07.2017 Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia cawangan Langkawi telah mengadakan Latihan Ert dan First Aid bersama Jkkk Sg Itau.

Hadir bersama ialah Tn Khalid, pegawai Bomba Langkawi bersama 10 anggota bersama-sama penduduk kampung mendengar taklimat kebakaran dan latihan memadam api.

Selain daripada itu, Tn Hj Maton selaku pengerusi Jkkk Kg Sg Itau amat bergembira kerana Jab Bomba sangup hadir dan memberi taklimat kebakaran serta latihan menyelamat kepada penduduk setempat.

"Ini merupakan sesuatu pengelaman penting semasa belakunya kecemasan", menurut Hj Maton.

"Ini julung-julung kalinya Jkkk Sg Itau menganjurkan latihan sebegini" katanya lagi.





 





 

Saturday 20 May 2017

KEDAH MEMANG BERGAYA

Pengerusi Jkkk Sungai Itau bersama Biro Keselamatan telah mengadakan tayangan skrin besar bertempat di Dewan Homestay Sg Itau.

Pengerusi Jkkk Sg Itau, Tn Hj Maton Mahmud berkata, skrin besar disediakan bagi memenuhi cita rasa golongan muda yang inginkan kepuasan menonton kejohanan Piala FA.

 "Sambutan yang diterima amat meriah dan memberangsangkan. Dalam soal ini, kita tidak melihat kepada soal politik. Sesiapa pun boleh datang. Kita mahu dekatkan politik dengan sukan," katanya.

Antara sajian yang telah disediakan ialah ubi rebus bersama gula merah.



 








Wednesday 17 May 2017

LAWATAN PANEL HAKIM ANUGERAH DESA PARDANA (ADP) 2017 KE KG SG ITAU, LANGKAWI

Pada 14hb Mei 2017 yang lalu, rombongan Panel Hakim ADP Peringkat Negeri Kedah telah melawat Kg Sg Itau, Langkawi di ketuai oleh En Ahmad Fayadh Abd Manap dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

ADP menilai 8 aspek antaranya 1. Aspek Patriotisme & Kemerdekaan, 2. Aspek Kepimpinan, 3. Aspek Pendidikan & Latihan, 4. Aspek Ekonomi & Keusahawanan, 5. Aspek Pemerkasaan peranan belia, 6. Aspek Teknologi maklumat, 7. Aspek Kebersihan, kesihatan & keceriaan dan 8. Aspek pengawasan kemudahan asas.


Hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah YB Dato Ir Nawawi Ahmad Ahli Parlimen Langkawi, ADO Langkawi, ketua2 jabatan, penghulu2 mukim dan penduduk setempat.

Kg Sg Itau merupakan kampung contoh daerah Langkawi yang telah mencapai berbagai hadiah pertandingan, menurut Yb Dato Nawawi Ahmad.

Insya allah kampung Sg Itau akan menjadi johan peringkat negeri Kedah, katanya lagi.