Put your ad code here

Saturday 6 June 2015

ADS1M DEARAH LANGKAWI

 
Anugerah Sejahtera 1 Malaysia peringkat daerah Langkawi tahun ini akan diadakan pada 9hb Jun hingga 11 hb Jun 2015.

Antara okjektif pertandingan ADS1M ini untuk merealisasikan program transformasi luar bandar untuk melahirkan masyarakat desa yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan berdisiplin kerja.

Menyuburkan semangat 1Malaysia, patriotisme merdeka dan nilai-nilai murni tradisi secara istiqamah di peringkat akar umbi yang merentas sempadan kaum, agama, budaya serta geografi.
Merangsang kelestarian desa yang maju, menarik dan menguntungkan serta berpendapatan tinggi menjelang 2020.


Sehubungan dengan itu, enam kg telah bersetuju untuk bertanding pada tahun ini. Antara kampung tersebut ialah Kg KEDA Wang Tok Rendong Mukim Kuah, Kg Bukit Tangga Mukim Ulu Melaka, Kg Sungai Itau Mukim Ayer Hangat, Kg Kuala Teriang Mukim Padang Matsirat, Kg Darat Benta Mukim Kedawang, dan Kg Chandek Kura Mukim Kedawang.

Sembilan (9) panel hakim berdasarkan gred jawatan dari pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan peringkat Negeri / Persekutuan akan dilantik oleh Jawatankuasa ADS1M untuk menilai pencapaian kampung-kampung peserta mengikut mekanisme penghakiman.

Johan ADS1M Peringkat Daerah / Jajahan / Bahagian / Parlimen dan Negeri masing-masing akan diberikan insentif bernilai RM3,000 dan RM5,000 bagi tujuan membiayai majlis semarak kemerdekaan seperti yang telah dibentangkan kepada panel hakim.

Komitmen dan kerjasama semua pihak di semua peringkat pelaksanaan adalah diharapkan bagi menjayakan pelaksanaan ADS1M dalam usaha merangsang kelestarian luar bandar sebagai suatu kawasan yang maju, makmur dan sejahtera selaras dengan wawasan Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.