Put your ad code here

Wednesday, 12 November 2014

BOT LAJU TERBAKAR

Langkawi: Sebuah bot laju yang sedang dibaiki di bengkel di Kampung Bohor Darat, Mukim Kedawang terbakar di sini, hari ini, menyebabkan pemiliknya kerugian lebih RM80,000.

Ketika kejadian pada jam 6.30 petang tadi, pemilik bot warga Australia tiada di tempat kejadian.
Pemilik bengkel, Mohd Yusof Mohd Zam, 53, berkata, kejadian berlaku pantas ketika beliau sedang membuat persiapan untuk menutup bengkel selepas semua pekerjanya sudah pulang.

"Pada mulanya saya nampak asap seperti ubat nyamuk dan saya mencurah tempat yang berasap itu dengan air.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba api menjulang tinggi dan sukar dikawal sebelum menelefon bomba," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tiga jentera bomba dengan 30 anggota masing-masing dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBDPM) Jalan Ayer Hangat dan satu dari BBDPM Jalan Persiaran Putra ke lokasi dan mengawal kebakaran daripada merebak ke lapan bot lain yang turut berada dalam bengkel itu setengah jam kemudian.


Ketua BBDPM Langkawi, Penolong Kanan Pegawai Bomba, Yaakob Hassan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: