Put your ad code here

Tuesday, 2 September 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-57 MUKIM AYER HANGAT

LANGKAWI - Sambutan hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini mencatat sejarah kerana Jkkk Padang Lalang, Ayer Hangat telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya bertempat di Dataran Padang Lalang, Ayer Hangat.

Menurut pengerusi Jkkk Padang Lalang, Rosli b Mohamed Saad berkata " seramai 300 orang terlibat menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini".

"Antaran yang terlibat termasuklah Sekolah Rendah dan Menengah, Tabika Kemas, Putri Umno, Kampung Huma, Kampung Ayer Hangat, Kampung Tua, Kampung Bukit Putri dan Kampung Padang Lalang", katanya.

"Kami menyahut cabaran kementerian Luar Bandar dan Wilayah untuk menjayakan sambutan hari kemerdekaan ini dan mewakili daerah Langkawi".

YB Dato Mohd Rawi Hamid ADUN Ayer Hangat merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim Ayer Hangat dan beliau amat gembira dengan sambutan yang mengalakan.

"Semenjak saya dilahirkan 47 tahun lalu, inilah pertama kali perarakan dan sambutan pernah dibuat", katanya.

Antara tetamu yang hadir bersama adalah Pegawai Penerangan Daerah Langkawi, Pengetua Sekolah Menengah Ayer Hangat, Penghulu Mukim Ayer Hangat, Pengerusi Jkkk Sg Itau dan Ketua Putri Umno Langkawi.







Ucapa YB Mohd Rawi ADUN Ayer Hangat



banner
Previous Post
Next Post

0 comments: